USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MINAT ATASI RASA MALU – NURAFIQAH

taicji 90

USM, PULAU PINANG, 20 Mac 2017 – Minat kepada seni mempertahankan diri sejak kecil telah mengatasi rasa malu pelajar tahun tiga, Universiti Sains Malaysia (USM), Nurafiqah Hamzah untuk bersama rakan-rakan berbangsa Cina berlatih Shaolin.

Nurafiqah, 23, yang berasal dari Kampung Pulau Igan, Mukah, Sarawak adalah satu-satunya pelatih Shaolin dari kalangan masyarakat Melayu di USM.

“Saya telah berkecimpung dalam Shaolin ini sejak setahun lalu dan pada mulanya saya malu untuk bertanya kepada mereka mengenai seni mempertahankan diri tersebut apatah lagi untuk bersama-sama dalam satu pasukan,” kata Nurafiqah.

“Namun selepas memikirkan minat untuk tahu dengan lebih lanjut, saya gagahkan diri mengikuti seorang kawan untuk berlatih dan sehingga kini masih bersama pasukan tersebut,” tambah Nurafiqah yang turut menyertai Malam Kung Fu USM ke-40 serta membuat persembahan solo dalam rutin Jiu Jie Bian atau dikenali sebagai ‘9 chained whip’.

taiji 45

“Saya suka melakukan rutin ‘9 chained whip’ ini kerana itu kelebihan saya berbanding yang lain, ini mungkin kerana faktor saiz saya dengan berat 36 kilogram, ianya menjadi lebih mudah,” tambahnya yang juga pelajar Sarjana Muda Pendidikan (TESOL), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

“Harapan saya adalah lebih ramai pelajar menyertai seni mempertahankan diri ini serta mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Setakat ini hanya 8 orang yang terlibat dalam latihan Shaolin setiap minggu.

“Mari sertai latihan bersama kami setiap hari Rabu-Jumaat jam 5.00 – 7.00 petang di Dataran Bintang, USM.

IMG 8782

Shaolin adalah salah satu daripada lima cabang di dalam Kelab Kung Fu USM selain Wushu, Taiji, Drum dan Dragon & Lion. Shaolin adalah satu bentuk Kung Fu berasal dari China Utara dan ahli-ahlinya perlu menganalisis pergerakan dan mengubahnya menjadi teknik yang boleh digunakan dalam medan perang yang sebenar.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1009

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024