USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUA PENYELIDIK USM UNGGULI ANUGERAH PhAMA 2016

17308832 1342521199142243 426815312137984398 n

PULAU PINANG, 13 Mac 2017 – Dua penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mengungguli Anugerah PhAMA 2016 apabila memenangi hadiah utama dan tempat kedua bagi kategori Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan Menteri Kesihatan Malaysia yang diumumkan di Putrajaya, hari ini.

Profesor Dr. Lee Yeong Yeh dari Pusat Pengajian Sains Perubatan meraih anugerah utama melalui penyelidikannya, ‘Gut Dysbiosis and Probiotics in Persistent Abdominal Discomfort Following a Major Disaster’.

Profesor Dr. Yuen Kah Hay dari Pusat Pengajian Sains Farmasi pula meraih tempat kedua melalui hasil kajiannya yang bertajuk VENUS (Vitamin E Neuroprotective Study) dalam pertandingan berprestij anjuran PhAMA, persatuan yang mewakili industri inovatif farmaseutikal di Malaysia.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam di Pullman Putrajaya Lakeside.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1218

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024