USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROFESOR DR. ABDUL RAHMAN MOHAMED KONGSI PENGALAMAN DALAM WACANA BUDAYA PENYELIDIKAN 14 MAC 2017

C6jFedqVoAAAM9N

Warga USM dan semua yang berminat atau terlibat dalam penyelidikan dijemput menghadiri Wacana Ilmu bertajuk ‘Budaya Penyelidikan’ bersama-sama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed pada hari Selasa, 14 Mac 2017,  jam 9.00 - 11.30 pagi di Bilik Seminar Pusat Transformasi Insan, Bangunan Canselori II USM Pulau Pinang.

Beliau yang merupakan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) dan pakar dalam Reaction Engineering & Catalysis, Pemantauan dan Kawalan Pencemaran Udara (Air Pollution Monitoring and Control), Teknologi Tenaga (Fuel Technology) dan Teknologi Nano (Nanotechnology)  adalah bekas Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM dan terlibat  dalam “Sciences and Arts Innovation Space” atau dikenali sebagai Sains@USM dan antara pengasas 'Collaborative Research in Engineering, Science and Technology' (CREST), satu usaha yang menggerakkan kolaborasi pelbagai pihak untuk menyediakan ekosistem dan usaha memperkasakan penglibatan akademia dengan industri di negara ini.

Abdul Rahman mempunyai kelulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Kimia [B.Sc. (Chem. Eng.)] dari University of Southern California, Amerika Syarikat; Sarjana Sains Kejuruteraan Kimia [M.Sc. (Chem. Eng.)] dan Ph.D dalam bidang yang sama dari University of New Hampshire Amerika Syarikat.

Beliau terkenal sebagai penyelidik dan saintis yang menerima lebih 80 geran antarabangsa bernilai lebih RM18 juta, menghasilkan penerbitan dengan sitasi berimpak tinggi termasuk dalam pangkalan data Scopus (Scopus bibliographic database) dan ratusan kertas penyelidikan dalam pelbagai jurnal akademik terkemuka dunia di samping mempunyai jaringan akademik profesional dari pelbagai negara dunia termasuk di Jepun dan Perancis.Wacana ini terbuka kepada semua.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 938

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024