USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC USM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UNIVERSITAS SYIAH KUALA, INDONESIA

spain 8

USM, PULAU PINANG, 7 Mac 2017 – Naib Canselor Universti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail baru-baru ini menerima kunjungan hormat delegasi daripada Universitas Syiah Kuala (UNSYIAH), Indonesia yang diketuai oleh Rektornya, Profesor Dr. Samsul Rizal.

Naib Canselor dalam ucapan aluannya berkata, USM sedia menjalinkan kerjasama dengan universiti luar dalam usaha pengantarabangsaan bagi memastikan USM kekal relevan dan mampu bersaing di peringkat global.

untitledhyjty

Jelasnya lagi, hubungan kedua-dua buah universiti ini mampu dieratkan melalui kerjasama pelbagai bidang termasuklah penyelidikan, akademik dan juga pertukaran pelajar.

Terdahulu, delegasi UNSYIAH mengadakan perbincangan dengan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM yang dipengerusikan oleh pengarahnya, Profesor Dato' Dr. Mohd Mokhtar Saidin.

untitledyjiyu

Yang hadir sama dalam perjumpaan ini Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Pengarah Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kerjaya (IMCC) USM, Dr. Muhizam Mustafa dan Pengarah Pusat Pembangunan Perniagaan Universiti Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil. P. Shawkataly.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 852

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024