USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAKERS@USM PLATFORM SUMBANG IDEA DAN KEPAKARAN REKACIPTA DAN INOVASI TERKINI

DSC 6014

USM, PULAU PINANG, 10 Mac 2017 - Makers@USM "Ideas Worth Making" merupakan platform baru untuk komuniti dari pelbagai bidang terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menceburi projek rekacipta dan inovasi; memperkenalkan projek-projek kepada warga USM, justeru menarik minat dari sebahagian mereka untuk menyertai rangkaian Makers@USM; dan mengadakan bengkel dan 'experience corner' untuk memperolehi input ilmu dan teknologi terkini.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM turut berminat dan menyambut baik program ini dan program ini merupakan antara program perintis pertama di Malaysia berkonsepkan sains.

Katanya, selain warga USM, program ini penting juga untuk menarik minat pelajar peringkat menengah meminati bidang sains serta mendorong mereka untuk menceburi bidang ini.

DSC 6025

"Industri dan pihak luar juga digalakkan untuk terus menjayakan projek sebegini dan ruangan untuk Makers Fair yang meliputi bahagian ilmu, kepakaran dan bimbingan akan diadakan di Sains@USM kelak," jelasnya ketika merasmikan program ini di hadapan lebih 100 peserta.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Pusat IPv6 Termaju Negara (NAv6), Profesor Madya Dr. Wan Tat Chee pula menegaskan program ini dapat memberi semangat Makers dan memberi impak kepada masyarakat tempatan dan juga golongan ‘bottom billion’ dalam memperolehi idea-idea baru selaras dengan arus pembangunan negara.

 IMG 1775

Program ini merupakan usahasama antara Sains@USM, PP Sains Komputer, Usains Holding Sdn Bhd, PP Seni, PP Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, PP Kejuruteraan Aeroangkasa dan Pusat Usahasama Kecemerlangan Rekabentuk Mikroelektronik (CEDEC).

Pengarah Pusat IPv6 Termaju Negara, Profesor Dr. Rosni Abdullah yang kini berada di luar negara melalui rakaman ucapannya berkata, Makers@USM adalah langkah pertama ke arah perjalanan yang lebih mencabar dalam dunia serba maju ini dan platform terbaik untuk memperoleh pengalaman yang baru.

IMG 1774jbn

robot 89

Turut hadir adalah Pengarah Urusan Usains Holding Sdn Bhd, Dato' Syed Mohamad Syed Murtaza; Naib Presiden, Group Human Capital Management, Telekom Malaysia, Dr. Zainal Abu Zarim dan Pengarah Kanan IT, Jabil Sdn Bhd, Yoong Fen Shern.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1692

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024