USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM CEMERLANG … GAYA USM

17200873 1336405936420436 8960181657063051502 n

PULAU PINANG, 8 Mac 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus meningkatkan kecemerlangan dalam QS World University Ranking by Subjects 2017 yang diumumkan hari ini dengan subjek Hospitality and Leisure Management, yang pertama kalinya diambil kira dalam QS ranking di senarai ke-32 terbaik dunia dan menjadi subjek terbaik di USM.

Di samping itu, empat subjek berada di kedudukan kelompok 50 terbaik dunia berbanding satu subjek sahaja pada tahun lalu, 13 subjek di kedudukan 100 terbaik dunia dan 25 subjek berada di kelompok 200 terbaik dunia. 

Empat subjek tersebut adalah Kejuruteraan Kimia di kedudukan 38 berbanding sebelum ini di kedudukan 46, Sains Persekitaran (#49), Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (#35) dan Hospitality and Leisure Management (#32).

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail mengucapkan tahniah kepada seluruh universiti di Malaysia yang menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada tahun ini serta  membuktikan sistem pendidikan tinggi di negara ini berpotensi untuk lebih maju pada masa akan datang.

“Saya gembira melihat peningkatan yang signifikan dalam pencapaian USM dan mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga USM yang banyak menyumbang kepada kejayaan ini,” tambah Asma.

Lapan subjek yang ditawarkan di USM berada di tangga pertama bagi seluruh universiti di Malaysia merangkumi bidang sains dan sastera iaitu Kejuruteraan Kimia, Sains Persekitaran, Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, Seni Bina, Farmasi & Farmakologi, Seni & Rekabentuk, Sains Bahan dan Matematik.

Lima kategori bidang yang diklasifikasikan semua subjek dalam QS Ranking ini adalah Sastera & Kemanusiaan, Kejuruteraan & Teknologi, Sains Hayat & Perubatan, Sains Semulajadi dan Sains Sosial & Pengurusan. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain 

  • Created on .
  • Hits: 1274

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024