USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR DISERU HADIR KE KARNIVAL KERJAYA (CAREER FAIR) 2017

thumbnail web banner usm webpage

USM, PULAU PINANG, 8 Mac 2017 – Ahli Jawatankuasa Karnival Kerjaya (Career Fair) 2017 baru-baru ini mengadakan jerayawara di ruang legar dewan kuliah Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mempromosikan program ini kepada mahasiswa dan mahasiswi USM agar hadir pada hari sebenar penganjurannya.

Menurut pelajar tahun 2, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Nurin Dianah, program ini dilakukan untuk memberi peluang kepada pelajar tahun akhir mendapat maklumat mengenai peluang-peluang pekerjaan dan latihan praktikal yang ditawarkan di organisasi dalam dan luar negara.

“Sebanyak 70 syarikat di dalam dan luar negara akan terlibat untuk program ini dan mahasiswa dan mahasiswi boleh menghantar resume mereka terus kepada syarikat yang diminati atau boleh terus menghadiri temuduga di syarikat yang mereka minati pada hari kejadian,” ujar ahli jawatankuasa Karnival Kerjaya (Career Fair) 2017 ini.

Semua pelajar dijemput untuk menghadiri Karnival Kerjaya (Career Fair) 2017 yang akan berlangsung pada 15-16 Mac 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Program ini merupakan acara tahunan di bawah naungan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM.

Teks: Nadya Nadira Binti Ahmad (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1334

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024