USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CIPTA KERJAYA BERBANDING CARI PEKERJAAN

EAM 6857

USM, PULAU PINANG, 5 Mac 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini menegaskan kepada bakal graduan dan juga pelajar untuk mencipta kerjaya pada masa hadapan berbanding terus konservatif dalam mencari pekerjaan.

“Cabaran dan bidang pekerjaan ini akan lebih kompetitif pada masa akan datang dalam menghadapi era revolusi industri ke-4 (4th industrial revolution) yang mana penggunaan tenaga manusia akan berkurangan berbanding robot dan teknologi,” tambah Asma. 

Asma berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada lebih 200 orang pelajar program Matrikulasi Kolej Mara Kulim dan juga Pra-USM, di sini.

EAM 6869

EAM 6863

Timbalan Dekan (Akademik, Pelajar dan Alumni) Pusat Pengajian Sains Fizik, Profesor Dr. Fauziah Sulaiman turut menyampaikan taklimat mengenai pengajian dalam bidang-bidang sains di USM serta menerangkan peluang-peluang pekerjaan mengikut bidang yang ditawarkan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed serta Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Akademik, Noriah Mohamad.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1032

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024