USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENDEKATI MASJID MELALUI MOSQUE TOUR WEEK

tour45

Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) dan Persatuan Mahasiswa Islam USM sekali lagi bakal menganjurkan program Mosque Tour Week 2017  bertemakan ‘The Quranic Entreprise’.

Program yang akan diadakan pada 28 Mac hingga 1 April ini berlangsung di Dataran Masjid Al-Malik Khalid USM dengan kerjasama Pusat Keusahawanan USM, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM.

Program ini bertujuan untuk menarik orang ramai mendekati masjid sebagai pusat komuniti dan keharmonian masyarakat.

Mosque Tour Week cuba mengetengahkan nilai-nilai Al-Quran dalam pelbagai bentuk sama ada nilai kemanusiaan mahupun kesenian.

Pelbagai aktiviti akan diadakan yang bertepatan dengan konsep kelestarian USM seperti aktiviti jualan, pengisian ilmiah, aktiviti sukan dan amalan kelestarian yang menjadi gaya hidup USM.

Mosque Tour Week 2017  tidak hanya fokus kepada warga USM sahaja malah terbuka kepada semua pengunjung di sekitar Pulau Pinang, pelancong dalam dan luar negara serta pelajar sekolah.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1033

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024