USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KPTN ZON UTARA MERIAH SEKALI

IMG 0060

USM, PULAU PINANG, 4 Mac 2017 - Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) Zon Utara di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berlangsung dengan meriah sekali dengan lebih 110 pempamer daripada 20 Universiti Awam, 47 Universiti Swasta, 43 Agensi serta tiga Politeknik dan 19 Kolej Komuniti.

Menurut Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi, Mazula Sabudin, dianggarkan seramai 60,000 pelajar dari Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis akan bersama-sama melawat pameran-pameran yang disediakan. 

IMG 0048

“Para pelajar lepasan SPM/STPM boleh mendapat khidmat nasihat untuk memilih kursus dan bidang yang bersesuaian dengan keputusan masing-masing. Karnival kali ini juga menyediakan kemudahan bagi pembelian pin UPU dan permohonan atas talian serta boleh mengisi borang yang telah disediakan.

“Pihak kami juga telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di zon utara untuk membawa pelajar terutamanya di tingkatan 4 dan 5 setiap sekolah di negeri ini ke karnival ini,” tambah Mazula ketika ditemui di majlis perasmian KPTN Zon Utara hari ini.

IMG 0113

IMG 0137

IMG 0213

“Karnival ini sangat holistik dan diharapkan pelajar yang hadir pada karnival dua hari ini dapat mengambil peluang dan manfaat yang berfaedah dari semua pempamer yang mengambil bahagian.”

Pada tahun ini, acara tahunan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), KPT ini dijenamakan sebagai Jom Masuk IPT serta akan berlangsung di tujuh zon merangkumi Timur, Selatan, Tengah serta Sabah dan Sarawak.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar internship PP Komunikasi USM)

Suntingan: Marziana Mohamed Alias & Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1073

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024