USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HILANGNYA PERMATA SENI NEGARA: USM RAKAM TAKZIAH

Jins Shamsuddin

PULAU PINANG, 1 Mac 2017 - Warga Universiti Sains Malaysia (USM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Tan Sri Jins Shamsudin yang telah meninggal dunia petang tadi pada usia 82 tahun.

Allahyarham adalah seniman negara yang disegani dan juga penerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan USM pada tahun 1999.

Sumbangan Allahyarham kepada Universiti adalah melalui perkongsian buah fikirannya dalam memartabatkan cabang ilmu seni dan budaya dan pernah membawa anugerah berprestij Festival Filem Malaysia (FFM) ke USM pada tahun 2006.

Allahyarham juga adalah Pengarah Filem Ali Setan yang merupakan filem terkenal pada tahun 80-an dahulu dan filem ini dilakonkan di USM.

  • Created on .
  • Hits: 948

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024