USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM SANTUNI KANAK-KANAK AUTISM NASOM

16730334 139219086598453 4543051932284970665 n

USM, PULAU PINANG, 27 Februari 2017 - Kelab Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program bersama anak-anak Autism di The National Autism Society of Malaysia (NASOM) Butterworth, Pulau Pinang.

Menurut Pengarah Projek, saudari Ain Fariha, program ini bertujuan memberikan kesedaran kepada setiap pelajar yang menyertai program ini untuk memahami erti penghormatan terhadap golongan kurang upaya di samping menangkis tanggapan negatif terhadap golongan OKU.

16807470 930030817138785 8219695649669851319 n

"Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menghapuskan jurang dan sempadan komunikasi antara kanak-kanak Autism dengan pelajar USM justeru mewujudkan keakraban antara pelajar dan kanak-kanak Autism ini, katanya.

Sementara itu, Yang di-Pertua Kelab Kerja Sosial USM, Syahirah Bastari pula menyatakan bahawa program ini berupaya memberi pendedahan awal kepada pelajar kerja sosial terhadap praktis bersama kanak-kanak Autism di samping memberi pendedahan sebenar bahawa anak-anak Autism juga mampu menyumbang kepada pembangunan negara suatu hari nanti.

16998939 139217673265261 6258153763698390223 n

Jelasnya, program sebegini mampu meningkatkan kesedaran terutamanya kepada pelajar dan ianya juga merupakan rentetan daripada ilmu dan fakta yang dipelajari sepanjang tempoh pembelajaran dan pengajaran di kelas.

16864237 139218389931856 9219443262706427542 n

16996055 139218486598513 2273990993198204910 n

Seramai 12 orang pelajar USM dan 17 orang kanak-kanak dan remaja Autism terlibat dalam program ini.

16938440 139218626598499 568680584555147224 n

Program ini turut diiringi oleh dua orang pensyarah Kerja Sosial, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan iaitu Dr. Mohd Taufik Bin Mohammad dan Dr. Nur Atikah Binti Mohamed Hussin.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1870

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024