USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPPJJ BERI PELUANG PEROLEH IJAZAH SECARA SAMBILAN

untitledyuiuiyui

USM, PULAU PINANG, 24 Februari 2017 - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) memberi peluang kepada masyarakat luar untuk memperolehi ijazah secara sambilan atau separuh masa dengan mengikuti program yang disediakan oleh PPPJJ.

Menurut Dekan PPPJJ USM, Profesor Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi ketika merasmikan Hari Terbuka PPPJJ 2017, walaupun sesetengah individu sedang bekerja dan masih belum mempunyai ijazah, mereka boleh mengambil inisiatif dengan mengikuti kursus-kursus yang terdapat di PPPJJ.

"Terdapat empat kursus yang disediakan oleh PPPJJ iaitu sains, sastera, sains kemasyarakatan dan pengurusan.

"Memandangkan kursus pengurusan adalah kursus yang banyak diambil oleh pelajar, maka hari terbuka yang diadakan hari ini dan esok diharapkan dapat menarik individu-individu untuk mengambil jurusan sastera dan sains," kata beliau.

untitled7yu7ui7i7

Tambah beliau, PPPJJ sudah berada di USM selama 45 tahun dan dahulu dikenali sebagai rancangan pengajian luar kampus.

Menurut salah seorang pelajar PPPJJ, Najihah Abdul Hamid, pengurusan, peluang mengambil ijazah ketika bekerja adalah sesuatu yang menguntungkan.

"Saya mengambil PJJ kerana saya perlu menjaga ibu saya yang sedang sakit dan berseorangan di rumah memandangkan ayah sudahpun meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"Disebabkan saya tidak dapat menjaga ibu apabila saya mengambil ijazah sepenuh masa, saya mengambil inisiatif dengan menuntut ilmu ketika sedang bekerja. Dengan cara ini saya dapat menjaga ibu, bekerja dan menuntut ilmu dalam masa yang sama," kata Najihah.

Jelas Najihah, apabila dia menyertai PJJ, dia dapat meningkatkan tahap pendidikan dan menggunakan segala yang dipelajari ketika belajar dalam perniagaannya.

untitledhyuiyuiyui

Hari terbuka bertemakan ‘Jom Masuk PPPJJ’ ini diadakan di Dewan Utama Pelajar (DUP) A dan B di samping gerai-gerai jualan disewakan kepada pelajar dan alumni PPPJJ.

Objektif Program Hari Terbuka PPPJJ ialah untuk memberikan maklumat yang jelas tentang program-program pendidikan jarak jauh yang sedang ditawarkan oleh PPPJJ iaitu ijazah sarjana muda di samping juga mempromosi program ijazah tinggi PPPJJ serta program pendidikan berterusan PPPJJ.

Objektif ini juga sebagai menyokong Lonjakan Ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 - 2025 KPT iaitu Menghayati Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Teks: Rodiah Binti Md Daud (Pelajar internship PP Komunikasi, USM)

  • Created on .
  • Hits: 1089

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024