USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AEON CREDIT SUMBANG BIASISWA KEPADA PELAJAR USM

16806953 1325163820877981 5799919892293876737 n

PULAU PINANG, 24 Februari 2017 – Aeon Credit Service (M) Sdn Bhd (Aeon Credit) hari ini menyumbangkan biasiswa pendidikan kepada Universiti Sains Malaysia (USM) berjumlah RM 220,800 kepada enam orang pelajar yang akan ditentukan kelak bagi tempoh 4 tahun pengajian iaitu  8 semester.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Aeon Credit, Dato’ Abdullah Mohd Yusof dalam satu Majlis Penandatanganan Program Biasiswa Pendidikan di Kuala Lumpur.

Menurut Abdullah, Aeon Credit sangat komited dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan juga membantu dalam pembangunan bakat melalui bantuan kewangan supaya pelajar dapat menyambung pengajian tinggi di universiti tempatan.

16939653 1325163810877982 1355692246051613652 n

“Aeon Credit sangat berbesar hati dapat memainkan peranan kecil dalam pelaburan pendidikan sebagai satu elemen penting dalam perkembangan ekonomi dan juga bina bangsa negara.”

Hadir menerima biasiswa tersebut adalah Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein.

Selain USM, turut menerima sumbangan ini adalah Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

16865148 1325163830877980 1211256088232806728 n

Para pelajar yang sedang atau akan menyambung pengajian dalam bidang Perakaunan, Ekonomi, Pengurusan Perniagaan, Undang-undang dan Sains Komputer boleh memohon untuk biasiswa berkenaan apabila permohonan dibuka nanti.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1135

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024