USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KASUTRA MARTABATKAN SUKAN TRADISIONAL

16649413 1965256033706304 751614236291993735 n

USM, PULAU PINANG, 18 Februari 2017 - Anak-anak muda berperanan penting untuk mengembalikan sukan tradisional yang kian ditelan zaman.

Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA) anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) yang menyediakan pelbagai jenis permainan tradisional Melayu yang berlangsung hari ini adalah antara yang terpuji yang perlu disokong.

Menurut pelajar tahun dua Sains Fizik, Iffah Zalikha Roslan, apabila menyertai karnival yang menyediakan pelbagai permainan tradisional ini, beliau dapat mengenali sukan-sukan tradisi yang selama ini tidak pernah diketahuinya.

16641019 1965255870372987 208680990852311472 n

Pelajar komunikasi tahun 2 Adam Rosli sangat gembira apabila dapat melibatkan diri dalam karnival ini kerana dapat mengenali rakan-rakan baru dari universiti luar di samping mendekati permainan tradisi yang menyeronokkan.

"Malangnya, karnival ini hanya dianjurkan oleh satu persatuan sahaja. Tentunya lebih menarik jika karnival sukan tradisional seperti ini dapat dilaksanakan oleh persatuan-persatuan lain di dalam USM supaya dapat dikenali dan disertai oleh ramai pelajar," kata Adam.

16831883 1965255767039664 500355013261722832 n

Tenaga pengajar seni silat cekak dari Balik Pulau Rosli Mohamed Yusoff pula berbangga apabila dapat mengajak anak didik beliau datang dan menyertai aktiviti-aktiviti di dalam karnival ini. 

"Pada zaman teknologi ini, kebanyakan generasi muda banyak menggunakan gajet seperti telefon bimbit dan komputer riba, oleh itu, adalah penting untuk memartabatkan sukan tradisi yang kian dilupakan ini.

"Generasi muda banyak yang tidak berminat dengan seni budaya tradisional sedangkan suatu ketika dahulu, kita dikenali dengan budaya-budaya tradisi ini," kata beliau.

16649511 1965253630373211 4405683652333556605 n

16807361 1965256180372956 423138512093162334 n

16832359 1965253310373243 3011802850421270037 n

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di dalam ucapannya berharap supaya sukan tradisional dapat dipopularkan kembali dalam bentuk yang lebih menarik supaya dapat menarik perhatian dan minat generasi muda.

Teks: Rodiah Binti Md Daud (Pelajar internship PP, Komunikasi, USM)

  • Created on .
  • Hits: 1133

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024