USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU TERAP KEUSAHAWANAN KEPADA ANAK MUDA

 shafiee3

USM, PULAU PINANG, 21 Februari 2017 - Menyedari pentingnya bimbingan dan asas kemahiran keusahawanan diterapkan secara praktikal dan terperinci kepada anak-anak muda, Rancangan Keusahawanan, Pusat Rancangan Kokurikulum Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan Kursus Asas Keusahawanan untuk Pengurus Syarikat yang melibatkan 273 orang pelajar dari 39 buah sekolah di Pulau Pinang hari ini.

sekolah11

Berucap merasmikan program ini, Penolong Pengurus Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Zahida Mohd Idriss berkata, melalui program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini, pelajar dapat mengaplikasikan asas keusahawanan yang dipelajari selepas mereka tamat belajar kelak.

cikgu56

"Selepas Sijil Persekolahan Malaysia (SPM), sekiranya pelajar tidak ditawarkan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) atau tidak mendapat peluang pekerjaan, mereka boleh menggunakan ilmu keusahawanan yang dipelajari untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri," kata Zahida.

Peserta program ini, Siti Noor Aida Md Yusoff, pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Puan Habsah berkata, melalui program yang diadakan, dia dapat mengetahui cara-cara untuk menguruskan syarikat dan menjadi usahawan yang berjaya.

aida1

"Saya berasa sangat gembira apabila dapat menyertai program ini kerana perkongsian-perkongsian yang diberi menyuntik semangat saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak," kata Aida.

tan576

Pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman, Tan Chun Quan pula berkata ilmu yang dipelajari pada hari ini akan digunakan untuk memajukan syarikat menjual perabot milik bapanya.

Teks: Rodiah Binti Md Daud (pelajar internship PP Komunikasi, USM) / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1356

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024