USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KETUA PUSTAKAWAN USM BERSARA SELEPAS 27 TAHUN BERKHIDMAT DI USM

16729564 1317946208266409 6469134911074897925 n

USM, PULAU PINANG, 17 Februari 2017 – Ketua Pustakawan Universiti Sains Malaysia (USM) Ali Abdul Rahim bersara wajib secara rasmi hari ini setelah 27 tahun berkhidmat di USM.“Saya berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga besar USM dan berjaya membawa perpustakaan seiring dengan Misi dan Visi USM,” katanya selepas Majlis Persaraan Ketua Pustakawan di sini, hari ini.

Ali mula berkhidmat dengan USM pada tahun 1990 di Kampus Kejuruteraan USM di Tronoh, Perak dan kemudian telah berpindah ke Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan sepanjang kerjaya saya sebagai Pustakawan ialah semasa perpindahan Kampus Kejuruteraan ke Nibong Tebal dengan diberi masa hanya satu bulan untuk menyiapkan keseluruhan perpustakaan di kampus baharu.

16649316 1317929011601462 974951272245219027 n

“Namun, pada masa itu, rakan-rakan seperjuangan berganding bahu memindahkan kotak-kotak yang berisi buku dari tingkat satu ke tingkat empat tanpa menggunakan lif,” kata anak kelahiran Gopeng, Perak ini.

Tambahnya, walaupun beliau memegang jawatan sebagai ketua pustakawan baru setahun setengah, namun beliau berbangga dengan perubahan yang dilakukannya sejajar dengan transformasi yang dilakukan oleh USM.

“Perpustakaan USM berjaya membangunkan sistemnya sendiri di mana sebelum ini kita telah menggunakan perkhidmatan daripada pihak luar dan ini telah berjaya menjimatkan kos sebanyak satu juta ringgit.

16730133 1317929054934791 6861181089152204915 n

“Di samping itu juga, Perpustakaan USM juga telah berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan sistem tersebut sebanyak RM150,000 setahun,” jelas beliau.

Ali turut melahirkan harapan yang segala perancangan strategik sebelum ini dapat direalisasikan agar USM terus cemerlang dalam pelbagai aspek.

“Saya berharap kepemimpinan baru selepas ini akan meneruskan segala agenda strategik yang telah diusahakan mahu pun dirancang dalam membantu universiti mencapai matlamat yang diingini,” kata bapa kepada empat cahaya mata ini.

16807463 1317929001601463 806414020390440626 n

Majlis itu turut diraikan hampir 200 orang staf perpustakaan termasuk daripada Kampus Kejuruteraan USM dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT USM).

Yang hadir sama pada majlis tersebut Pendaftar USM, Prof. Dato' Dr. Abdul Aziz Tajuddin, Bendahari USM, Dr. Rohayati Md. Isa, dan Pengarah Penerbit USM, Akhiar Salleh.

Teks: Syuhada bt Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1379

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024