USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR MANFAATKAN KARNIVAL 'JOM MASUK U' 2017 PERINGKAT PANTAI TIMUR

untitledgfhtht

KOTA BHARU, 11 Februari 2017 - Program Karnival Pendidikan Tinggi Nasional (KPTN) atau lebih dikenali 'Karnival Jom Masuk U' disambut baik oleh bakal-bakal graduan di negeri Pantai Timur.

Karnival yang bermanfaat ini berlangsung dengan jayanya di Perkarangan Pasaraya AEON Mall Kota Bharu dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato' Seri Idris Jusoh.

untitledgthyty

Universiti Sains Malaysia (USM) tidak melepaskan peluang untuk turut sama dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain mempromosikan dan menyebar luas maklumat mengenai kursus pengajian serta program yang ditawarkan bagi Sesi Akademik 2017/2018 dan pada kali ini USM terlibat secara langsung dengan pengambilan pelajar melalui Unit Pengambilan Pelajar (UPU).

Karnival 'Jom Masuk U' dilihat platform terbaik untuk menyampaikan maklumat mengenai pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Kolej Komuniti, Bahagian Matrikulasi dan institusi lain.

Karnival KPTN ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan terkini daripada universiti-universiti serta kolej-kolej di Malaysia yang menyertai pameran pendidikan tersebut.

untitledtgyfty

untitledyuty

Ibu bapa serta pelajar dapat membuat perbandingan di antara satu institusi dengan institusi pengajian tinggi lain seterusnya membantu mereka memilih kursus pengajian bersesuaian dengan minat dan kelulusan. 

Pemilihan kursus yang sesuai amat penting untuk mengelak daripada permohonan gagal kerana kursus yang dipohon tidak menepati syarat kelayakan yang ditetapkan.

Karnival ini juga membuka peluang untuk pelajar membuat pertanyaan berhubung apa sahaja keraguan daripada pegawai yang bertugas di bahagian atau ruang pameran institusi pengajian tinggi yang disediakan.

jusoh67

Permohonan UPU ke IPTA untuk Sesi Akademik 2017/2018 telah dibuka sejak 6 Februari 2017 sehingga 31 Mac 2017.

Turut hadir mewakili USM ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein; Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa USM, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim.

Teks: Mohd Hafiz Yaacob / Foto: Mohd Ridzuwan Ramly

  • Created on .
  • Hits: 1641

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024