USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KPTN: PAKAT MAI MASUK IPT

16730115 1316286935099003 7693226694867127870 n


USM, PULAU PINANG, 15 Februari 2017 – Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) muncul kembali untuk kali yang ke-13 dan Universiti Sains Malaysia (USM) akan menjadi tuan rumah bagi Zon Utara pada 4-5 Mac 2017 di Padang Kawad Kampus Induk USM, Pulau Pinang.

Pada tahun ini, acara tahunan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini dijenamakan sebagai Jom Masuk IPT berlangsung di tujuh zon merangkumi Timur, Selatan, Tengah serta Sabah dan Sarawak.

KPTN Zon Utara dengan tema Pakat Mai Masuk IPT ini akan disertai oleh lebih 150 buah booth pameran Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), agensi awam, Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Malaysia (My3L) termasuk pameran oleh pusat-pusat pengajian USM dari ketiga-tiga kampus.

untitleddfhgfh

Perasmiannya akan disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail pada 4 Mac 2017.

Turut diadakan ialah  Khidmat Runding Cara, Cabutan Bertuah, Pameran Pendidikan dan Pusat Sains Negara, Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah, Keusahawanan Pelajar, Pameran Pergigian dan Mamogram serta Seminar Kemasukan Pelajar di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

KPTN kali ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran penerima Anugerah Puskas 2016 iaitu pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri serta pelakon dan pelawak, Mamu.

Pelajar lepasan SPM dan STPM, pelajar sekolah menengah, ibu bapa serta orang awam dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan serta mendapatkan penerangan dengan lebih tepat dan jelas mengenai kemasukan ke IPT.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (pelajar praktikal MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 1176

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024