USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HAAK USM ANJUR KEM MOTIVASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2017 UNTUK PELAJAR PRA-U

16427561 10211429815644901 206444550753664653 n

KUBANG KERIAN, 4 Februari 2017 - Persatuan Himpunan Anak-anak Kelantan (HAAK) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan kem motivasi peringkat negeri Kelantan selama 3 hari di Kampus Kesihatan USM yang berakhir hari ini.

Menurut Penasihat HAAK, Zulkifli Che Hussin, kem ini melibatkan pelajar Pra-Universiti aliran kemanusiaan (sastera) sejumlah 157 orang daripada 27 buah sekolah menengah di negeri Kelantan.

Katanya, program ini merupakan acara tahunan dan kali ini merupakan tahun keenam penganjurannya dan melibatkan penyertaan seramai 64 orang fasilitator yang juga merupakan ahli aktif HAAK.

16406474 10211429818964984 6478870621138188734 n

"Tema program yang dipilih iaitu 'Generasi Intelek Pencetus Generasi Minda Kelas Pertama' selari dengan objektif penganjurannya iaitu sebagai program kem motivasi untuk para pelajar universiti mendekatkan diri dengan pelajar sekolah; membuka ruang dan peluang kepada para peserta untuk merasai sendiri gaya hidup sebagai pelajar sekolah; dan menampilkan imej HAAK USM melalui penglibatan program platform utama sebegini bagi menjana minda dan sahsiah yang berteraskan ilmu selaras dengan pembangunan negara dan antarabangsa," kata anak jati Kelantan ini.

Tambahnya, antara aktiviti yang direncanakan ialah ceramah dari Unit Kemasukan USM yang secara tidak langsung membantu mempromosikan pendidikan yang ditawarkan oleh USM kepada pelajar terlibat.

16406922 10211429815004885 6283257225832717772 n

Program ini mendapat kelulusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri Kelantan selain mendapat suntikan dana dari Menteri Perusahaan Antarabangsa dan Industri yang juga merupakan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Seri Mustapa Mohamed.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Zulkifli Che Hussin

  • Created on .
  • Hits: 1568

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024