USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PERUBATAN USMKLE HARUMKAN NAMA NEGARA

16195979 1294154920645538 1264010007414977 n

PULAU PINANG, 25 Januari 2017 - Seramai 10 orang pelajar perubatan Universiti Sains Malaysia-Karnataka Lingayat Education (USMKLE) tajaan MARA di India telah mengharumkan nama Malaysia apabila telah menjuarai pertandingan ‘Battle of Fusion Band’ bersempena Umang Youth, International Kite Festival di Belgaum, India yang berlangsung antara 21-24 Januari 2017.

Walaupun bakal-bakal doktor ini sibuk dengan pengajian di dewan kuliah dan hospital, namun mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dengan menewaskan enam buah pasukan band tempatan yang bertanding.

Hasil kejuaraan ini, mereka telah menerima sejumlah wang Rs 10,000 beserta sijil penghargaan.

Semoga kejayaan ini dapat menginspirasikan anak-anak muda Malaysia untuk terus menempa nama Malaysia di persada dunia. Syabas dan tahniah!

 

  • Created on .
  • Hits: 860

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024