USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PAMERAN 'ELEMENTS 2.0' GABUNGAN KARYA KREATIF DAN KAJIAN PELAJAR

16266019 1463296123695254 8037450639168865211 n

USM, PULAU PINANG, 25 Januari 2017 – Hasil gabungan dua elemen karya kreatif dan kajian telah menghasilkan pameran seni yang unik dan menarik yang kini dipamerkan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM) sejak 9 Januari dan akan berakhir 31 Januari ini.

Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni Pusat Pengajian Seni (PPS USM), Dr. Mumtaz Begum Aboo Backer berkata, program Ijazah Sarjana Mod Campuran Pengajian Visual dan Rekabentuk yang ditawarkan oleh PPS USM merangkumi aspek akademik dan studio praktis dalam menghasilkan karya seni yang lebih berfokus.

“Penyelidikan yang dijalankan oleh para pelajar akan dapat membina pengalaman serta dapat dieksperimentasikan menerusi karya kreatif yang dihasilkan,” katanya ketika majlis perasmian pameran tersebut di sini, hari ini.

16195185 1463295800361953 1174503713132832946 n

Jelasnya lagi, program Mod Campuran ini juga dapat mendisiplinkan pelajar dengan kaedah-kaedah yang diguna pakai agar dapat menghasilkan karya yang memberi makna dan impak.

Harapannya, para pelajar yang terlibat dalam pameran tersebut tidak hanya terhenti berkarya untuk pameran ini sahaja tetapi mereka perlulah terus berkarya di masa hadapan supaya boleh berkongsi manfaat bersama-sama masyarakat di luar.

Pameran ‘Element 2.0’ merupakan karya kreatif tiga orang pelajar Ijazah Sarjana dari PPS USM dalam bidang grafik komunikasi, seni halus dan rekabentuk produk. Mereka ialah Mohamad Shukri Hassan, 52; Aziera Nadia, 28 dan Elias Yamani Ismail, 38.

16266355 1463296097028590 1696346615384763509 n

Ia mengabungkan pengetahuan dan pengalaman serta menumpukan kepada tiga pendekatan yang berbeza iaitu kepadatan urbanisasi, interaksi sesama manusia dan isu kekeluargaan.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1594

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024