USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM SAINS PERUBATAN USM DIIKTIRAF KERAJAAN IRAN

untitledljkl

USM, PULAU PINANG, 26 Januari 2017 – Kementerian Kesihatan dan Pendidikan Perubatan, Iran mengiktiraf semua program sains perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM) berdasarkan penilaian universiti antarabangsa terkini.

“Akreditasi berkenaan menunjukkan kerajaan Iran mengiktiraf pendidikan tinggi di Malaysia terutama bidang perubatan di USM dan kita boleh membuat promosi ke negara berkenaan dengan lebih agresif untuk pengambilan pelajar bagi kemasukan sidang akademik 2017/2018,” kata Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

“Program ini bukan sahaja bergantung kepada program-program ijazah sarjana muda tetapi boleh dikembangkan kepada semua program pra-siswazah,” tambahnya.

“Pengiktirafan ini adalah sangat selari dengan hasrat kabinet Malaysia yang meluluskan universiti mengambil pelajar antarabangsa bagi program-program profesional sebanyak lima peratus termasuk bidang perubatan.

“Melalui kolaborasi ini, ianya dapat meningkatkan mobiliti pelajar dan pensyarah dari kedua-dua buah negara ini.

“Oleh yang demikian, saya menyeru para pelajar Iran di Malaysia untuk menghebahkan hal ini kepada seluruh rakyat Iran di samping promosi-promosi lain yang akan diadakan secepat mungkin.

Sehingga kini, USM mempunyai dua orang pelajar antarabangsa bagi program Ijazah Doktor Perubatan iaitu seorang pelajar Maldives di USM-KLE International Medical Programme di Belgaum, India dan seorang pelajar Iraq di PPSP, Kampus Kesihatan Kubang Kerian.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1367

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024