USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MASYARAKAT PERLU FAHAM FUNGSI JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HUSM

untitleddfdvgfvgf

KUBANG KERIAN, 25 Januari 2017 - Sebanyak 70 hingga 80 peratus pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), bukannya disebabkan oleh kes kecemasan sebaliknya disebabkan oleh kes-kes ringan seperti selesema, batuk, demam, gatal-gatal kulit biasa dan sebagainya yang dikategorikan bukan kes kecemasan.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HUSM, Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman berkata, ketidakfahaman masyarakat terhadap fungsi jabatan itu menyebabkan pesakit yang benar-benar memerlukan perkhidmatan dan perhatian menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana bercampur pesakit biasa.

“Sepatutnya pesakit perlu tahu sekiranya hanya sakit biasa, mereka boleh pergi mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, klinik 1 Malaysia atau klinik berbayar dan sebagainya, bukannya di Jabatan Kecemasan.

“Tumpuan jabatan ini ialah untuk merawat pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan segera seperti kes kemalangan, serangan jantung, asma yang kronik, sesak nafas dan sebagainya dan ianya akan terganggu apabila doktor dan petugas perlu melayan pesakit yang tidak diklasifikasikan sebagai kecemasan.

untitledgfftrgetgt

Tambah Nik Hisamuddin lagi, kebanyakan kes kemalangan yang berlaku adalah akibat dari kecuaian dan sebanyak 20 peratus pesakit yang datang adalah yang terlibat dengan kemalangan dengan jumlahnya yang semakin meningkat terutamanya pada musim perayaan.

Media perlu mengambil cakna menghebahkan tentang fokus sebenar fungsi jabatan kecemasan untuk pengetahuan umum bagi menambah peningkatan kualiti dan memberi tumpuan kepada pesakit kes kecemasan dan kritikal.

Jabatan Kecemasan dan Trauma HUSM juga turut aktif membantu masyarakat yang terlibat dengan bencana seperti banjir dan gempa bumi di dalam dan luar negara contohnya banjir besar pada tahun 2014 di mana HUSM menjadi tumpuan perpindahan pesakit daripada hospital-hospital yang ditenggelami banjir.

Selain daripada itu, Jabatan Kecemasan dan Trauma HUSM juga pernah membantu mangsa gempa bumi di Indonesia, Pakistan, India dan sebagainya serta mendapat pengiktirafan kualiti dari dalam dan luar negara.

hospital12

Orang ramai disarankan mematuhi peraturan-peraturan dan arahan pihak Pengurusan Jabatan Kecemasan dan Trauma terutamanya semasa menghadapi kecemasan atau bencana bagi memberi peluang kepada petugas menyelesaikan kes-kes kecemasan yang dikenalpasti melalui proses triage.

Teks / Foto: Abdul Aziz Latif

  • Created on .
  • Hits: 1760

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024