USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKSIS USM BERBAKTI BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG WENG, BALING, KEDAH

untitledthtt

USM PULAU PINANG, 23 Januari 2017 - Anggota beruniform Kor SUKSIS Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Program Kembara Budi Siswa ke Kampung Weng, Baling, Kedah kelmarin yang disertai seramai 56 pelatih Kor SUKSIS terdiri daripada 25 lelaki dan 31 perempuan menyertai program ini.

Menurut Komandan Kor SUKSIS USM, ACP/KS Prof. Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, penganjuran program sebegini adalah sesuai untuk membentuk jati diri dan perwatakan unggul pelajar supaya lebih berdisiplin, membentuk ketahanan mental dan fizikal, bertanggungjawab dan cintakan negara serta berbudaya positif.

Katanya, penerapan nilai-nilai positif ini sejajar dengan hasrat bagi membentuk generasi muda yang memiliki ciri-ciri personaliti unggul.

untitledthty

"Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada masyarakat, mengeratkan hubungan antara pelajar dengan penduduk kampung dengan slogan “dari mahasiswa ke masyarakat, dari masyarakat ke mahasiswa", dan dengan program ini anak-anak masyarakat kampung akan mendapat bimbingan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran asas dari pelajar," jelas beliau ketika majlis penutupan program kelmarin.

Shukri juga menyeru semua bersama-sama dan menyatukan pandangan secara ikhlas demi kebaikan semua pihak kerana polis dan masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha murni sebegini justeru membawa kepada kecemerlangan PDRM dan seterusnya memartabatkan pasukan sebagai organisasi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan yang terunggul, dihormati serta disegani.

untitledtyht

Antara aktiviti semasa program adalah gotong-royong di Masjid Kampung Ubudiyyah, Masjid Charuk Putih dan Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, aktiviti bersama keluarga angkat para pelatih di Kolam Air Panas Ulu Legong, pertandingan mewarna, permainan sukan rakyat, kenduri rakyat dan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zikri Bin Ghazali.

Jumlah penduduk kampung yang terlibat adalah 112 orang.

Perasmian pembukaan Program Kembara Siswa Kor SUKSIS USM ke Kampung Weng, Baling Kedah dihadiri oleh Supt./KS Dr. Nazarudin TK Kor SUKSIS USM, DSP/KS Dr. Mohd Adi Firdaus, Pegawai Latihan Luar ASP/KS Zulkifli manakala penutup dihadiri oleh Ajutan DSP/KS Dr. Mohd Adi Firdaus, dan Pegawai Penyelaras Kor SUKSIS USM ASP Tuan Hj. Abdul Ghani.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Kor Suksis USM

  • Created on .
  • Hits: 1544

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024