USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM DEKATI KOMUNITI KUALA KURAU PERAK

untitledhgmjg

USM, PULAU PINANG, 22 Januari 2017 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terus berbakti kepada masyarakat setempat apabila berjaya melaksanakan Program Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM) di Kuala Kurau, Perak.

Program yang berlangsung selama 7 hari ini disertai seramai 34 orang pelajar USM dan MBM adalah program berimpak di bawah kelolaan Persatuan Perkhidmatan Masyarakat (PPM) USM.

Menurut Pengarah Projek, Masrizwan Shah Marzuki, MBM memberi fokus kepada pembangunan komuniti dengan indikator utamanya ialah masyarakat Kampung Haji Taib, Kuala Kurau, Perak.

Katanya, antara program yang dijalankan ialah program Mahasiswa Turun Sekolah (MTS) yang memfokuskan kepada 96 pelajar sekolah yang akan mengambil SPM dan program KASEH atau dikenali sebagai Kem Anak Sejahtera yang memfokuskan kepada 69 murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR manakala Ceramah Pencetus Ummah (PU) Yeop yang berlangsung di Masjid Jamek Kuala Kurau pula bertajuk "Selamatkan Zuriat Kita" untuk para ibu bapa mengamatinya.

Tambah pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini, program utama ialah pemetaan komuniti iaitu pelajar pergi ke seluruh kampung Haji Taib untuk membuat kajian sosial yang mana kajian tersebut dibentang pada JKKK Haji Taib.

Program MBM juga melibatkan sebanyak 20 keluarga kampung yang telah mengambil pelajar USM sebagai anak angkat.

"Tamatnya program ini tidak bermakna tamatlah ukhuwah antara keluarga angkat di kampung ini bersama pelajar USM, kami akan kembali ke sini dengan harapan membawa perubahan kepada masyarakat seterusnya negara," jelasnya lagi.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Masrizwan Shah Marzuki

  • Created on .
  • Hits: 898

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024