USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

4 PELAJAR USM ANTARA PEMENANG SAYEMBARA MENULIS CERPEN GB-APM 2016

USM, PENANG, 20 Januari 2017 - 4 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terpilih antara 30 pemenang Sayembara Menulis Cerpen Anjuran GB-APM, Universiti Malaya (UM) tahun 2016.

Antara pelajar USM beserta tajuk cerpen mereka adalah Nur Farahanna Atika Binti Omar (Insan Gelandangan); Nur Izzah Atira Mohd Nazmi (Potret Harapan di Jogjakarta); Nur Atiqah Abdul Latif (Aku Yusuf Bukan Bodoh) dan Muhammad Nur Saiful Ghazali (Satira Terakhir).

30 karya terbaik ini daripada keseluruhan penyertaan akan dibukukan dan setiap pengarang akan menerima royalti daripada hasil karya mereka ini.

Sayembara menulis cerpen itu bertujuan dan memberi fokus dalam mengasah dan mencungkil bakat penulisan dalam kalangan pelajar universiti, sekali gus sebagai pelapis kepada pengarang mapan masa kini dan terbuka kepada pelajar universiti awam (UA) serta swasta termasuk luar negara dan menjadi platform kepada golongan ini untuk berkarya.

Sayembara anjuran Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM) itu juga mencatat sejarah tersendiri apabila penganjurannya terbuka kepada semua pelajar berusia 18 hingga 30 tahun.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1080

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024