USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KUMPULAN PERTAMA PELAJAR DWI IJAZAH HADIR KURSUS INTENSIF RPJJ

15871562 1851000085142166 6728885298209383988 n

USM, PULAU PINANG, 18 Januari 2017 – Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPJJ) Universiti Sains Malaysia (USM) mula melaksanakan penawaran program dwi ijazah apabila seramai 12 orang pelajar pengajian sepenuh masa mengikuti program ijazah yang kedua secara pendidikan jarak jauh.

Mereka ini merupakan kumpulan pertama mengikuti Kursus Intensif Rancangan Pendidikan Jarak Jauh (RPJJ) 2016/2017 yang bermula semalam dan akan berakhir pada 9 Februari 2017.

Menurut Timbalan Pendaftar, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM Hj. Abd. Hadi Ahmad, pelaksanaan pendidikan fleksi ini akan memberi peluang kepada pelajar sepenuh masa USM untuk mengikuti pengajian dalam bidang yang berlainan secara pendidikan jarak jauh.

“Pada permulaan, program Dwi Ijazah ini hanya akan dibuka kepada pelajar-pelajar USM sahaja dan pada masa hadapan mungkin akan juga dibuka kepada pelajar dari universiti lain,” tambahnya.

Program ini membolehkan  pelajar yang cemerlang dan berkemampuan mengambil dua program ijazah sarjana muda berbeza dalam sesuatu tempoh pengajian dan akhirnya  akan berijazah  dengan dua-dua program ijazah sarjana muda berkenaan dalam melebarkan pengalaman pembelajaran dan pengetahuan serta meluaskan peluang pekerjaan.

Sejumlah 5,500 orang pelajar yang mengikuti kursus intensif selama tiga minggu ini terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian), Sarjana Muda Sains (Kepujian) dan Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian).

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1115

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024