USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TINGKAT KOLABORASI DENGAN UNIVERSITÉ DE LORRAINE

DSC 0031

USM, PULAU PINANG, 17 Januari 2016 – Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan menyeru pensyarah USM untuk meningkatkan kolaborasi dan kerjasama dengan Université de Lorraine (UL), Perancis dalam pelbagai disiplin termasuk penyelidikan.

“USM dan UL telah bekerjasama sejak 18 tahun lalu dan pelbagai aktiviti bersama telah dijalankan termasuk program Erasmus Mandus, penyelidikan bersama dan pertukaran pelajar dan staf akademik,” tambah Muhamad.

DSC 0003

Beliau berkata demikian ketika merasmikan 4th USM-UL Colloquium anjuran bersama USM dan UL yang dihadiri lebih 100 orang peserta dari kedua-dua buah universiti.

Menurut Timbalan Presiden (Kerjasama dan Hal Ehwal Antarabangsa) UL, Profesor Karl Tombre, pelbagai bidang lain dapat diterokai bersama pada masa akan datang dan mengalu-alukan lagi kerjasama yang lebih meluas.

DSC 0017

Kolukium ini adalah program tahunan USM dan UL dan dianjurkan secara berselang seli di Malaysia dan Perancis. Tema kolokium pada kali ini adalah “Life, Health and Environmental Sciences”.

DSC 0046

jantan1

Yang turut hadir adalah Dekan Pusat Pengajian Sains Kimia, Profesor Dr. Afidah Abdul Rahim yang juga calon pertama yang bergraduasi bagi Program Co-Tutelle PhD bersama UL dan juga Pengerusi kolokium ini.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1032

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024