USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TAMAN REKREASI USM ASET KELESTARIAN UNIVERSITI

hutan34

USM, PULAU PINANG, 9 Januari 2017 - Taman Rekreasi Universiti (TRU) merupakan antara aset yang penting buat Universiti Sains Malaysia (USM) dalam melonjakkan lagi namanya yang memperjuangkan isu-isu berkaitan kelestarian.

Menurut Penyelaras TRU, LAr. Nor A’zam Shuib, antara objektif tertubuhnya TRU adalah untuk mengurus dan mentadbir aset universiti, menjana sumber kewangan; mewujudkan kawasan rekreasi; mewujudkan kawasan penyelidikan, menyediakan ruang bagi program rekreasi berorientasikan pendidikan seperti perkhemahan, latihan pertempuran, pengembaraan hutan, penghayatan alam semulajadi, program kepimpinan dan lain-lain lagi.

"Mempunyai keluasan 250 ekar (87 hektar), TRU juga bertindak sebagai dusun buah-buahan dan merupakan hutan sekunder yang meliputi 70% bukit dan 30% kawasan landai.

hutan89

"Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di TRU terdiri daripada aktiviti badan beruniform, persatuan pelajar dan staf serta pembelajaran luar dewan kuliah seperti perkhemahan persatuan pelajar dan badan beruniform JAMBORI pengakap, SISPA USM, PALAPES USM, Program HAINEX2014, Sejahtera Walk, aktiviti gotong-royong dan pajakan dusun," katanya.

Beritahunya lagi, pada masa sekarang TRU menyediakan kemudahan asas seperti dewan, tapak perkhemahan, tandas, air dan elektrik dan paling terkini sebuah dewan serbaguna dan tandas di kawasan perkhemahan yang baharu telah siap dibina dan akan dibuka kepada warga universiti.

"TRU boleh menjana kewangan melalui pelancongan ecotourism dan agrotourism sekiranya beberapa aspek  kemudahan disediakan kerana mempunyai taman (garden) dan kawasan rekreasi yang strategik; TRU sebagai makmal luar, petak penyelidikan dan arboretum dalam aspek pendidikan; dan pertanian melalui kawasan ladang kontrak, dusun buah-buahan berkualiti tinggi, urban agrotecture, pertanian berteknologi tinggi," ujarnya.

hutan745

Sementara itu, Pegawai Tadbir TRU, Mohd Saifull Yunus, berkata Pembangunan TRU boleh ditingkatkan sekiranya jaringan kerjasama antara TRU bersama pihak luar dilaksanakan seperti bersama nurseri semaian swasta, Jabatan Pertanian Relau Pulau Pinang, Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Perhutanan, Kementerian Belia & Sukan dan syarikat-syarikat swasta.

"TRU diselenggara oleh Pejabat Aset dan Operasi Universiti (PAO) dan disokong oleh BHEPA, Jabatan Pembangunan, Jabatan Keselamatan, Jabatan Perundangan, Pusat Rancangan Kokurikulum dan Pusat Sukan dan Rekreasi," jelas lanjutnya.

hutan90

Tambahnya, sekiranya terdapat pihak yang ingin mengadakan aktiviti di TRU, boleh terus ke Pejabat Aset dan Operasi Universiti (PAO) dan mengisi borang permohonan untuk mengadakan aktiviti di TRU.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: TRU USM

  • Created on .
  • Hits: 2579

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024