USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ANUGERAH MEDIA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) 2015

Anugerah Media Universiti Sains Malaysia (USM) 2015 diwujudkan bagi mengiktiraf hasil karya pengamal media termasuk penulisan, foto, visual dan sebagainya terhadap isu-isu yang menyentuh secara langsung atau tidak langsung kepada perjalanan USM dalam memacu transformasi pengajian tinggi negara. Beberapa kategori dipertandingakan dalam Anugerah Media USM 2015 termasuk Anugerah Berita Terbaik, Rencana Terbaik, Foto Terbaik, Visual Terbaik dan Anugerah Khas.

 

 

PERATURAN

AM

  • Pengamal media / wartawan / penulis residen / jurugambar / jurukamera (peserta) digalakkan menyertai Anugerah Media Universiti Sains Malaysia (USM) 2015.
  • Penyertaan dibuka kepada pengamal media / wartawan / penulis residen / jurugambar / jurukamera yang bekerja tetap atau secara kontrak dengan mana-mana organisasi media cetak, elektronik dan media baru di Pulau Pinang dan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Hasil kerja mestilah diterbitkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Peserta mestilah warganegara Malaysia yang bekerja di Pulau Pinang. Pemilihan peserta dibuat berdasarkan keberkesanan serta impak penulisan/laporan mengenai isu-isu yang berkait secara langsung dengan Universiti Sains Malaysia (USM).
  • Penyertaan peserta akan terbatal jika didapati beliau tidak lagi berkhidmat di organisasi yang menerbitkan artikel atau menyiarkan artikel tersebut pada atau selepas tarikh tutup penyertaan.

 

PENYERTAAN

  • Karya peserta untuk Anugerah Media USM 2015 ini hendaklah diterbitkan dalam mana-mana media cetak, elektronik atau media baru antara 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2014.
  • Penyertaan boleh dihantar oleh organisasi media dan pengamal media itu sendiri.
  • Setiap peserta hendaklah menghantar penyertaan dengan format dan borang yang disediakan pihak penganjur. Kesemua penyertaan hendaklah mendapat cop rasmi majikan dan ditandatangani oleh KETUA EDITOR/BIRO. Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima dan pihak penganjur tidak bertanggungjawab untuk menyatakan sebab penolakan.
  • Tarikh penghantaran tidak boleh diambilkira sebagai bukti tarikh penyertaan. Karya yang dihantar kepada sekretariat penganjur tidak akan dikembalikan.
  • Bagi karya-karya kewartawanan yang dihasilkan dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil, peserta perlu menyediakan sinopsis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris yang tidak melebihi 500 patah perkataan.
  • Jika karya itu diterbitkan bersiri, setiap salinan artikel mestilah disusun mengikut turutan. Setiap penyertaan mesti disertakan dengan borang penyertaan yang telah lengkap diisi.
  • Keputusan Panel Pengadil adalah muktamad, sebarang pertanyaan/rayuan tidak akan dilayan.

BENTUK PENGHANTARAN BAHAN/ARTIKEL

  • Bahan penyertaan media baru/elektronik hendaklah dikemukakan dalam bentuk PDF/video yang disalin dalam bentuk cakera padat (penerbitan asal) dan disertakan dengan keterangan (rujuk borang penyertaan).
  • Manakala bahan penyertaan media cetak boleh dibuat dengan menghantar satu penerbitan asal/salinan fotostat yang disahkan dari media yang menerbitkan bahan dan disertakan dengan keterangan (rujuk borang penyertaan).
  • Setiap penyertaan perlu tulen dan mengikut kehendak seperti yang dikehendaki dalam borang penyertaan.
  • Penganjur berhak menolak penyertaan jika didapati peserta mengemukakan karya plagiat atau tidak melengkapkan borang penyertaan.
  • Pihak penganjur berhak untuk menerbit semula sebahagian atau keseluruhan karya peserta tanpa perlu memohon kebenaran.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 30 APRIL 2015 PADA JAM 5.10 PETANG.

  • Borang penyertaan perlu dihantar dengan menulis ‘Anugerah Media USM 2015’ pada bahagian bawah (kanan) pada sampul surat.
  • Sebarang penyertaan samada melalui pos berdaftar atau dihantar sendiri hendaklah di alamatkan ke:

Sekretariat Anugerah Media USM 2015

Pejabat Perhubungan Awam

Aras 2 Bangunan Canselori

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

Tel: 04-6533114/2517/2519//3628/3126

  • Sebarang penyertaan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

Muat Turun Borang Permohonan:

Borang_Permohonan_Anugerah_Media_USM2015

  • Created on .
  • Hits: 1615

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024