USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HORMATI KEPELBAGAIAN BUDAYA

 DSC4550

PULAU PINANG, 28 Mac 2015 – Mahasiswa dan rakyat negara ini perlu menghormati kepelbagaian budaya yang ada dalam mengekalkan keharmonian yang ada.

"Sebagai rakyat Malaysia terutamanya, kita semua perlu menghormati kepelbagaian budaya yang ada  dalam  semangat perkongsian budaya antara satu sama lain yang patut kita banggakan selama ini," kata Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Adnan Hussein.

 DSC4589

 DSC4624

Berucap dalam program Karnival Bahasa Tamil "Kavipaadum Thendral 2015" kali ke-3 peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh  Persatuan Kebudayaan India USM di sini, Adnan berkata melalui inisiatif yang dilaksanakan seperti pertandingan ini, sedikit sebanyak nilai kesusasteraan India dapat dikongsi bersama-sama dalam kalangan  masyarakat dari pelbagai latar belakang yang berbeza.

Program ini  memberi penghormatan kepada penyair Tamil terkenal dunia dari India selatan iaitu Mahakavi Chinnaswami Subramania Bharatiyar. Program yang dihadiri oleh 400 orang peserta  terdiri dari pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan juga institusi pengajian tinggi di negara ini turut mempertandingkan 4 kategori utama iaitu puisi, menulis cerita pendek, pengucapan awam dan pertandingan kuiz sastera Tamil dalam memperingati sumbangan Mahakavi kepada dunia dalam bidang puisi Tamil dengan mempertandingkan Piala Subramani Bharati dan wang tunai. 

 DSC4629

 DSC4632

Pengarah Program Baarathi Rajan berkata penganjuran program untuk tahun ini amat mencabar namun berjaya menghadapinya dengan baik melalui kerjasama semua pihak dan kerja berpasukan. 

"Kami berharap usaha ini dapat mempromosikan kesusasteraan India melalui program seperti ini," kata Baarathi Rajan.

Hadir sama ialah  Penasihat Persatuan Kebudayaan India, Dr. Selvakumar Manickam. Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah / Foto: Zamani Abdul Rahim 

  • Created on .
  • Hits: 1464

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024