USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM KOMITED MEMACU KELESTARIAN UNIVERSITI

IMG 0078d

PULAU PINANG, 29 Mac 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) komited memacu kelestarian universiti ini termasuklah mengambil langkah penjimatan elektrik yang harus dipuji kerana kesannya sangat besar kepada bumi bertepatan dan selari dengan hasrat universiti dalam memastikan kelestarian hari esok.

Tindakan sedemikian juga sebahagian dari usaha menyelamatkan bumi daripada pemanasan global. Demikian kata Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Zainal Arifin Mohd. Ishak yang mewakili Naib Canselor merasmikan Program Earth Hour 2015 di Padang Kawad malam tadi.

IMG 0096

IMG 0106g

Zainal Arifin memuji usaha murni mengadakan program ini yang perlu terus dilaksanakan secara berterusan agar dapat memberi impak positif kepada masyarakat dan warga USM khususnya."Secara jujurnya, saya berasa sangat kagum dengan penyertaan para pelajar yang sanggup berkorban masa dan tenaga menyertai program ini walau pun diadakan pada hari cuti," kata Zainal Arifin.

Dianggarkan lebih 1,000 orang peserta mengikuti program ini.

IMG 0089

IMG 0047d

IMG 0019g

Zainal Arifin menegaskan, ​mahasiswa yang cintakan kelestarian bumi perlu bersama-sama mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan penggunaan elektrik secara berlebihan dengan menutup semua suis ketika hendak keluar ke kelas serta menutup lampu sebelum tidur sebagai langkah penjimatan dilakukan secara berterusan.

Yang Dipertua Sukarelawan Kampus Sejahtera, Wee Soon Kit pula menzahirkan penghargaan kepads semua yang mengambil bahagian melalui sokongan dan kerjasama rapat dari banyak pihak terutamanya dalam kalangan para pegawai universiti yang sentiasa memberikan bantuan.

IMG 0009h

Sementara itu Program "Stick It" telah diperkenalkan oleh Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (CETREE) dengan mencetak 17,000 keping yang akan diedarkan oleh Sekretariat Kampus Sejahtera yang turut disertai 180 orang sukarelawan dari lapan desasiswa kampus induk.

Malam tadi, sebanyak 9,835 pelekat diedarkan dan ditampal melibatkan lapan desasiswa melibatkan 5,280 bilik yang diberi kesedaran tentang penjimatan elektrik.Sambutan "Earth Hour" USM 2015 dianjurkan oleh Sekretariat Kampus Sejahtera dengan kerjasama CETREE dan Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) Kampus Induk sebagai acara tahunan untuk memberi penerapan akan peri penting penjagaan sumber alam kepada para mahasiswa.Sambutan "Earth Hour" dan Bulan Kecekapan Tenaga 2015 ini merupakan kemuncak kepada sambutan bulan kecekapan tenaga kampus yang telah diisi dengan pelbagai program dan aktiviti anjuran Sukarelawan Kampus Sejahtera, antaranya ialah pertandingan menterjemahkan idea penjimatan elektrik dengan mereka bentuk pelekat penjimatan elektrik yang disertai oleh para pelajar USM.

IMG 0112sd

IMG 0117dfv

IMG 0132

Kemuncak sambutan ialah dengan menginspirasikan sambutan "Earth Hour" melalui tema "I Will If You Will" dalam lukisan sepanjang 20 meter yang disertai oleh kira-kira 100 orang peserta.Sambutan "Earth Hour" pada tahun ini berbeza dari sebelumnya dengan memperkenalkan Anugerah Desasiswa Lestari yang dimenangi oleh Desasiswa Tekun yang dinilai melalui empat kriteria iaitu perarakan setiap wakil desasiswa ke padang kawad dengan cara yang kreatif dan menarik berserta maskot, peratusan lampu setiap bilik di desasiswa yang ditutup dari pukul lapan hingga sepuluh malam, bilangan penghuni desasiswa yang berjaya dikumpul oleh setiap Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) dan penilaian dari aktiviti kelestarian yang telah dilaksanakan sepanjang sidang.

IMG 0143

Hadiah piala pusingan telah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEP) USM, Haji Husin Yahaya.

Antara anugerah lain ialah Kain Rentang Terbaik dimenangi oleh Desasiswa Indah Kembara bagi tempat pertama, tempat kedua peserta wanita Farah Najwa dan Fatin Najwa, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Desasiswa Restu.

IMG 0154

Turut diadakan ialah acara larian "Earth Hour" USM 2015.

Yang hadir sama memeriahkan serta memberi sokongan ialah Pengarah CETREE USM Profesor Dr. Haslan Abu Bakar; Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (HEP) Dr. Nazarudin Zainon; Pengerusi Majlis Penggawa-Penggawa Profesor Madya Dr. Mahmod Sabri Haron; para penggawa desasiswa kampus Induk dan pegawai-pegawai utama universiti. Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah / Foto: Mohd Fairus Md Isa & Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 2147

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024