USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SUKSIS USM BERBAKTI KEPADA KOMUNITI KAMPUNG BALIK PULAU

untitled sddf

PULAU PINANG, 28 Mac 2015 – Mahasiswa Berbakti Masyarakat Sejahtera, tema Program Jaringan Komuniti Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Baktisiswa Kampung Paya, Simpang Empat Pulau Pinang anjuran Kor Sukarelawan Siswa Siswa Polis USM (SUKSIS) mendapat sambutan baik dari masyarakat setempat.

Program tiga hari bermula 27 Mac 2015 hingga 29 Mac 2015 juga berupaya mengeratkan hubungan dan jalinan mesra antara USM dengan komuniti Balik Pulau yang mempunyai banyak kampung yang menghimpunkan 300 orang anak qariah kawasan Kampung Paya Simpang Empat seramai hampir 80 orang dari Kor Suksis USM.

Program juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai jenayah di kampung melalui kerjasama pihak polis dan komuniti kampung dalam memastikan keselamatan terpelihara melalui jalinan kerjasama mempertingkatkan penglibatan secara menyeluruh.

untitled df

Hal ini dinyatakan Pengarah Projek Muhammad Saifuldin bin Suhaimi ketika ditemui dalam program tersebut.

Katanya, program ini mendapat sambutan baik dari kalangan komuniti kampung malah mereka amat berterima kasih kepada pihak USM yang mengadakan program ini.

"Program ini dapat meningkatkan keupayaan bakat anak-anak qariah serta mengukuhkan lagi hubungan antara komuniti dengan pelajar USM untuk lebih memahami masyarakat," katanya lagi.

ASP Ahmad Zulman Mohd Zain wakil dari Kor Suksis USM pula menjelaskan USM di bawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) akan terus membantu komuniti dalam pelbagai bidang yang berupaya memberi manfaat menyeluruh kepada komuniti," katanya ketika merasmikan program ini.

Ahmad Zulman juga menyampaikan penghargaan kepada pasukan dari Pusat Sejahtera USM yang turut serta dalam program ini dengan menawarkan pemeriksaan percuma kepada komuniti Kampung Paya Simpang Empat.

Ahmad Zulman turut menyerahkan 5 buah komputer terpakai dari Kor Suksis USM kepada Sekolah Agama Kampung Paya Simpan Empat, Balik Pulau untuk membantu pelajar sekolah agama ini agar lebih celik IT pada masa akan datang.

untitledgh

Para peserta turut mengadakan kelas pembelajaran elektronik dengan membantu anak-anak qariah menggunakan komputer untuk lebih peka terhadap perkembangan teknologi terkini.

Ketua Kampung, Haji Zulkifli Bin Haji Ismail pula meminta agar program seperti ini ditingkat lagi pada masa depan.

"Program ini perlu diteruskan agar penduduk setempat manfaat dengan berkongsi ilmu dan pengalaman terutamanya mendorong anak-anak di sini untuk memahami dan mendekati universiti," katanya lagi.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah program anak angkat, senamrobik bersama komuniti, pertandingan mewarna, melukis poster, bercerita, sukaneka dan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan sekolah agama bersama komuniti kampung. - Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah/Suntingan: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1661

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024