USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SCIENCE@ALORSETAR SEDIA PEMBELAJARAN TERADUN UNTUK PELAJAR

 DSC3919

USM, PULAU PINANG, 24 September 2016 - Program Science@AlorSetar, kampus baharu Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak inovasi pendidikan negara melalui penyediaan ciri pengajaran dan pembelajaran secara teradun (blended learning) untuk pelajar baharu di kampus tersebut.

Corak pengajaran-pembelajaran tersebut merangkumi gabungan kelas bertatap-muka, sidang video, sidang web dan e-pembelajaran.

Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Madya Dr. Mustafa Fadzil Farid Wajidi berkata, corak pembelajaran di kampus tersebut dipraktikkan buat pelajar USM bagi memastikan mereka didedahkan secara menyeluruh kepada bidang sains, berbeza daripada praktikal pengajaran yang diamalkan kini.

"Pelajar juga akan mengikuti amali sains dan juga kelas pengkomputeran bagi kursus tertentu," katanya.

 DSC3923

 DSC3926

Jelasnya lagi, pelajar yang memilih menjalani latihan industri turut diberi peluang penempatan di kilang pembuatan atau perniagaan kecil dan sederhana (IKS) berteraskan sains di sekitar utara semenanjung.

"Hasilnya ialah pelajar USM mendapat 'the best of both worlds' di samping mempunyai pensyarah yang berpengalaman luas dalam sistem Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan juga bersemuka menjadikan ia lebih menarik," katanya ketika majlis Sambutan Pelajar Baharu RPJJ dan Pelajar Program Pesisir Science@AlorSetar sidang akademik 2016/2017 hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan-Timbalan Dekan, Pengerusi Rancangan, Pensyarah dan Pegawai Utama dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM.

 DSC3909

 DSC3937

Program Science@AlorSetar ini lahir daripada usaha sama Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Kerajaan Negeri Kedah dan Universiti Sains Malaysia (USM) membangunkan institusi pendidikan tinggi yang berteraskan sains.

Program ini turut diharap mampu membekalkan modal insan untuk menyokong program yang akan dibangunkan di Koridor Utara seperti Kedah Rubber City (KRC), Kedah Science and Technology Park (KSTP), Rancangan Perindustrian Lembah Chuping dan beberapa lagi projek yang akan dikembangkan di utara semenanjung.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1444

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024