USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JABATAN DI USM DIMINTA PERGIAT USAHA BANTU OKU

 

 MG 2698

BERTAM, 26 Mac 2015 - Pusat-pusat Tanggungjawab (PTJ) Universiti Sains Malaysia (USM) diminta mempergiat program membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk mereka menyesuaikan diri dalam arus perkembangan Sains dan Teknologi (S&T) masa kini.

Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), USM Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey, berkata, sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan isu kelestarian, kemanusiaan dan masa hadapan manusia, semua pihak perlu bersama-sama berganding bahu dalam membantu OKU daripada tersisih dalam perkembangan S&T.

 MG 2720

 MG 2724

“BJIM USM akan sedaya upaya membantu dan menyokong setiap aktiviti melibatkan pelbagai kumpulan masyarakat terutamanya golongan OKU yang sentiasa mendapat perhatian khusus kita”, katanya ketika berucap merasmikan Program Celik Herba Pelajar Keperluan Istimewa anjuran Kluster Perubatan Integratif, Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dengan kerjasama BJIM USM.

Menerusi program ini, seramai 20 orang pelajar OKU pendengaran dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang telah dibawa ke IPPT untuk memahami dan mempelajari bidang perubatan herba yang kini semakin popular dalam kalangan masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah sesi interaksi yang meliputi kuliah, aktiviti lapangan dan eksperimen di makmal bagi mendedahkan pelajar ini tentang kebaikan dan keburukan herba.

 MG 2731

 MG 2795

Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan kaedah penyelidikan saintifik dalam perubatan herba, cara-cara menyediakan herbarium untuk herba dan membuat rujukan herba berdasarkan taman herba yang ada di IPPT.

Ketua Kluster Perubatan Integratif, Dr. Lim Vuanghao pula berkata pihaknya kini sedang berusaha mewujudkan sebuah taman herba untuk menjadi pusat rujukan perubatan herba kepada semua golongan masyarakat.

"Dengan adanya taman herba ini, maka inisiatif untuk pembangunan modal insan dapat dilaksanakan untuk golongan pelajar OKU ini," katanya lagi.

 MG 2804

 MG 2710

Pihaknya juga berharap agar langkah ini dapat membuka minda setiap golongan pelajar bermasalah pendengaran ini dan membantu dalam melestarikan usaha memindahkan ilmu kepada rakan-rakan senasib dengan cara mereka tersendiri, sekaligus mencetus bakat-bakat baru dalam bidang kajian herba. - Teks: Faisal Jamaludin, IPPT

  • Created on .
  • Hits: 1258

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024