USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AHLI PERNIAGAAN CHIN CHUN-YEAN DILANTIK AHLI LEMBAGA GABENOR USM

14079860 1143375952390103 4739295190848079460 n

PULAU PINANG, 24 Ogos 2016 - Ahli perniagaan dan tokoh korporat yang mempunyai pengalaman luas dalam sektor swasta Chin Chun-Yean, 72, dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh sebagai ahli Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga tahun bermula 1 Ogos 2016 untuk mewakili sektor swasta.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mempunyai kelulusan ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Mekanik (1966) dari Technical University of Nova Scotia dan pada peringkat sarjana dalam bidang yang sama dari University of Saskatchewan Kanada (1968) serta sebagai Registered Professional Engineer dari Saskatchewan, Kanada serta IEM (Malaysia) di samping ahli Malaysia-Philippines Business Council.

Beliau mempunyai sejarah kerjaya yang cemerlang di dalam dan di luar negara. Antaranya dengan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd selama lebih 25 tahun (1971 hingga 1996) dengan memegang pelbagai jawatan. Jawatan terakhirnya ialah sebagai ''Head Retail Markets: Greater China, South and South East Asia, Indo China; Middle East and French Speaking Africa, Shell International Petroleum Company, London, UK".

Pada April 1996 hingga Disember 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Maxis Communications Malaysia sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif ASTRO Dtu (Disember 1998 – Disember 2001), dan sebelum menyertai CELCOM pada Januari 2002 hingga September 2004 sebagai 'Executive Vice President'.

Beliau turut dilantik sebagai Pengarah AIRCEL INDIA (2006-2008) dan seterusnya sebagai Pengerusi Australian Wood Panels (2010-2013) yang merupakan pengimpot dan pengedar produk kayu ketiga terbesar di Australia.

Chin Chun-Yean juga banyak terlibat dalam kerja perundingan terutamanya dalam aspek pemasaran dan tele-komunikasi mudah alih dengan memberi sentuhan kejayaan cemerlang dalam kedudukan syarikat-syarikat multinasional seperti Shell, Maxis dan Celcom.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1147

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024