USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM BANTU BERSIH DAN CAT RUMAH PESAKIT

14063876 1141082019286163 2213803712467133874 n

PASIR PUTEH, KELANTAN, 20 Ogos 2016 – Keprihatinan 12 orang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan staf Unit Kebajikan Perubatan berjaya membantu membersih dan mengecat rumah pesakit Hospital Universiti Sains Malaysia melalui program turun padang dengan tema “Program Mahasiswa Bersama Komuniti.”

Pengarah program serta pelajar latihan industri di Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM, Mohamad Luqman Mohd Zin, 25, gembira dapat membantu pesakit berkenaan sebagai iktibar untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan berhasrat terus membantu orang lain.

14022086 1141081969286168 91618925823448203 n

Pelajar ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial itu menjelaskan, program ini adalah susulan bantuan yang disalurkan oleh Unit Kebajikan Perubatan Hospital USM sebelum ini seperti peralatan katil pesakit, tilam udara, alat pernafasan dan kerusi roda khas.

Pesakit, Nor Azlinda Mat Razali, 34, yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan sejak lahir dengan masalah tumbesaran dan tulang reput tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya ternyata  terharu dengan perhatian yang diberikan terutamanya dari dalam kalangan pelajar.

14063743 1141082002619498 6146295459394724386 n

14040067 1141081955952836 2838527057532854062 n

“Saya tidak menyangka mendapat perhatian ini. Jika semasa datang ke hospital saya dilayan dengan baik dan mendapat layanan yang istimewa, hari ini pihak hospital datang ke rumah pula membantu dalam sokongan moral dan fizikal,” katanya.

Teks: Abdul Aziz Latif / Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 1139

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024