USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM NAIB JOHAN PERTANDINGAN "CDERT SKILL" JPAM

1471749060099

TANJUNG MALIM, PERAK, 21 Ogos 2016 - Pasukan Kor SISPA Pertahanan Awam Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Kemahiran Simulasi Menyelamat atau CDERT SKILL yang dikelolakan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sempena Pentauliahan dan Pehimpunan Kor SISPA Pertahanan Awam  Ke-7 Peringkat Kebangsaan melibatkan 14 Kor SISPA universiti awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Menurut Ajutan Kor Sispa USM, Mejar Bersekutu (PA) Dr. Mohd Shaharudin Shah, 11 anggota Kor Sispa ini dilatih selama 2 minggu, antaranya kemahiran rawatan asas melawan kebakaran, senaman kecergasan, latihan asas pertolongan, asas ikatan, latihan bantuan CPR, rawatan kemalangan dan kepatahan.

1471749059340

Hadiah  disampaikan oleh Naib Canselor UPSI Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa dan USM diwakili oleh Timbalan Komandan (PA) Profesor Dr. Ahmad Tajuddin Othman.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 897

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024