USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

EKSPEN 2015: PELUANG PELAJAR FAHAMI DUNIA PEKERJAAN

ekspen 2015

PULAU PINANG, 26 Mac 2015 - Ekspo Kerjaya dan Pendidikan (EKSPEN 2015) yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 April 2015 dilihat mampu menyalurkan ruang untuk pelajar memahami permintaan dunia pekerjaan kini yang semakin kompetitif.

Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP), Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Adnan Hussein berkata keunikan yang dibawa pada tahun ini adalah EKSPEN bukan sahaja menyediakan platform mencari pekerjaan semata-mata, malah aspek pendidikan turut diketengah bagi memberi penekanan berkaitan memahami pekerjaan itu sendiri.

“Sememangnya universiti ingin melahirkan pelajar yang bukan sahaja memahami pengajian yang dipelajari, malah mereka mampu menguasai kesesuaian bidang kerja dengan apa yang dipelajari semasa di universiti”

Tambah beliau, dengan ekspo yang dianjurkan ini mampu membuka minda para pelajar selain hanya tertumpu kepada bidang akademik di bilik-bilik kuliah sahaja.

Adnan menyeru semua pelajar USM dan institusi-institusi pendidikan sekitar Pulau Pinang untuk hadir memeriahkan EKSPEN 2015 selama dua hari berlangsung.

“Perancangan amat penting bagi setiap pelajar, ambillah kesempatan untuk menghadiri ekspo ini agar pelajar mempunyai ruang dan masa bagi menyiapkan diri apa yang harus dilakukan sebelum menempuh alam pekerjaan”

Ekspen 2015 bakal diadakan di Dewan Utama Universiti (DPU), Universiti Sains Malaysia (USM) bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang melibatkan lebih daripada 41 buah syarikat dan agensi pekerjaan yang bereputasi tinggi.

Antaranya San Disk Storage Malaysia Sdn. Bhd., Cisco, Jobstreet.Com, Securities Commission Malaysia, Hicom Teck See, Agilent Technologies Lda Malaysia Sdn. Bhd., Public Bank, Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Toray Group, Maybank, Universiti Teknologi Petronas Dsbnya.

Maklumat lanjut sila hubungi secretariat EKSPEN 2015 di talian +604-653 6000 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau facebook: www.facebook.com/EKSPENUSM Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

http://usmtv.usm.my/index.php/component/contushdvideoshare/player/corporate-vids/ekspen-2015

  • Created on .
  • Hits: 1459

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024