USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM SEDIA PELANTAR LAHIR PELAJAR HOLISTIK

IMG 0072g

PULAU PINANG, 23 Mac 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai sebuah menara ilmu akan menyediakan pelantar bagi melahirkan pelajar yang holistik iaitu pelajar yang bukan sahaja  berpengetahuan dalam bidang akademik malah dalam pelbagai bidang lain termasuk keusahawanan.

“USM juga menyediakan sebuah ekosistem yang mantap baik dari segi akademik dan juga bukan akademik bagi melahirkan graduan yang bernilai tinggi dan berdaya maju di pelbagai peringkat,” demikian ujar Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman ketika menyampaikan ucapan di pentas akhir Debat Piala Naib Canselor (DPNC). 

IMG 0091g

IMG 0095g

“Selaras dengan tema DPNC tahun ini iaitu ‘Siswa Holistik Pemangkin Kelestarian’ program seperti debat ini adalah medan untuk para pelajar mengenengahkan idea-idea yang bernas disamping mempertahankan pendirian kumpulan masing-masing samada di pihak kerajaan atau pembangkang,” tambah Naib Canselor yang pernah menjadi pengerusi DPNC pada tahun 1992.

“Penganjuran DPNC menjadi satu tradisi sejak 25 tahun yang lalu dan ianya perlu dikekalkan,” tambah Omar.    

Berdasarkan tema yang diberikan iaitu “Kita perlukan nusantara berbanding ASEAN” pentas akhir yang menyaksikan pendebat Desasiswa Restu dan Desasiswa Fajar Harapan agak panas dengan pelbagai hujah, pendapat dan bukti-bukti yang menyokong fakta yang diberikan.

IMG 0125z

IMG 0129z

 

Desasiwa Restu yang diwakili oleh Ambran Sailudin @Sainuddin, Khairudin Nayan dan juga Sukkrie a/l Liew Loy Fuat di pihak kerajaan telah menjuarai pentas akhir berkenaan serta Saudara Khairudin Nayan telah dinobat pendebat terbaik.    

Juara membawa pulang RM1000.00 beserta Piala Naib Canselor manakala Desasiswa Fajar Harapan selaku Naib Juara membawa pulang RM750.00 dan piala.

Fajar Harapan diwakili oleh Ammaina Jamaludin, Nur Shahira Abd Rahim dan Aina Madhiha Shahari Anuar manakala Nur Hasliza Mohd Salleh dan Darynn Wee sebagai peserta simpanan.

IMG 0132z

DPNC sidang akademik 2014/2015 yang berlangsung di sini selama tiga hari bermula Jumaat lalu disertai oleh 14 buah pasukan dari ketiga-tiga kampus USM.

Menurut Pengarah Projek, Saudari Sara Muhammad penganjuran DPNC kali ini membawakan sejuta kenangan dan pengalaman kepada beliau dan juga ahli jawatankuasa serta meningkatkan ilmu dalam pengurusan acara.

IMG 0136z

IMG 0149z

“Saya berharap juga penganjuran seperti ini dapat menyemarakkan lagi ilmu di bumi USM,” ujar Sara mewakili rakan-rakan yang lain.

Turut hadir ialah wakil Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Dr. Nazarudin Zainun, Pengerusi Majlis Penggawa Profesor Madya Dr. Mahmud Sabri Haron dan juga Ketua Hakim, Ahmad Badrusisam Che Kasim.Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa & Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1773

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024