USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN RASMI PROGRAM IBU TUNGGAL

IMG 0162

PULAU PINANG, 22 Mac 2015 – 800,000 ibu tunggal yang ada di negara ini perlu mengambil peluang yang ada terutamanya melalui persatuan yang ada di samping kreatif dalam melakukan aktiviti untuk menambahkan pendapatan.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Pulau Pinang 2015 yang diadakan di Auditorium Kompleks Eureka di sini.

IMG 0175

Pada masa ini hanya 80,000 ibu tunggal menganggotai persatuan dan di negeri Pulau Pinang terdapat kira-kira 2,000 orang ibu tunggal menganggotai persatuan.

“Sebanyak 30 peratus daripada ibu tunggal masih muda berusia dalam lingkungan 18 tahun, manakala sebahagian besarnya tiada pekerjaan dan  ibu tunggal yang kebanyakannya hidup dalam serba kekurangan dengan gaji sekitar RM750.00 sebulan,” kata Hilmi kepada  kira-kira 150 orang ibu tunggal di sini hari ini.

IMG 0191

Kata Hilmi, antara contoh kegiatan ekonomi yang boleh dilakukan ialah menjaga  kanak-kanak di rumah sendiri yang telah lama berlaku di negara ini yang membolehkan ibu dan bapa bekerja meninggalkan anak-anak mereka di rumah pengasuh, cuma tidak dikomersialkan secara formal, namun perlu melihat kepada peraturan yang sedia ada bagaimana untuk merealisasikan dengan sewajarnya.

Hadir sama ialah, Pengerusi Negeri PITKM cawangan Pulau Pinang, Puan Hajjah Jumabi Mohamad, Timbalan Presiden Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, Puan Wan Safariah Munsurdin, serta ahli-ahli PITKM cawangan Pulau Pinang yang lain. - Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Suntingan: Mohamad bin Abdullah / Foto: Mohd Fairus Md Isa & Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 2054

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024