USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CADANGAN NAIB CANSELOR MENJADIKAN WARISAN NEGARA DISAMBUT: TUBUH KLUSTER PENYELIDIKAN P. RAMLEE

 DSC4148

PULAU PINANG, 22 Mac 2015 - Ahli akademik dan juga Penyelaras Operasi Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Profesor Dato’ Seri Md. Salleh Yaapar menyambut baik saranan Naib Canselor untuk menjadikan P. Ramlee sebagai warisan negara.

“Saya ingin mencadangkan agar USM menjadi pelopor dalam kajian tentang P. Ramlee dengan menubuhkan kluster penyelidikan warisan P. Ramlee dengan menggerakkan 3 buah pusat pengajian USM iaitu Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian komunikasi dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan untuk bergabung tenaga merealisasikan usaha ini,”kata Md. Salleh.

Berucap menutup Seminar Sempena Ulang Tahun Kelahiran Pengerusi Lembaga Pengarah Dewan Bahasa itu juga mengharapkan agar kebajikan waris dan anggota keluarga P. Ramlee dapat dilihat dengan sewajarnya.

“Saya sedih dan terbuku di hati tentang nasib waris P. Ramlee walau pun beliau sendiri menjadi seorang pejuang bangsa Malaysia dan seniman agung negara,”kata Md. Salleh. - Teks: Mohamad Abdullah / Foto: Zamani Abdul Rahim

  • Created on .
  • Hits: 1441

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024