USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PACU KECEMERLANGAN BERSAMA PEMIKIR STRATEGIK MUDA

IMG 0105dfh

PULAU PINANG, 17 Mac 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) bertekad  memacu kecemerlangan bersama para pemikir strategik yang masih muda untuk memimpin pada masa hadapan.

Majlis khas perjumpaan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dengan kira- kira 40 pensyarah dan pentadbir muda ini diadakan di sini hari ini.

“Young Strategic Thinkers For USM Future” merupakan program khas yang mengumpulkan pensyarah dan pentadbir di peringkat pertengahan bagi bersama-sama membina kerangka bagi memacu kecemerlangan USM pada masa hadapan.

IMG 0107

“Kumpulan ini dikenalpasti sebagai kumpulan yang akan memberi input-input yang sesuai dan futuristik untuk merangka perancangan dan hala tuju USM pada masa hadapan. Sekaligus diharapkan dapat membawa pemikiran muda mengenai perancangan dan hala tuju universiti pada masa akan datang selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,” kata Omar.

Jelasnya, mereka diberi tempoh tiga minggu untuk membina kerangka dan pelan dan  mengemukakan cadangan tanpa diletakkan sebarang sasaran dan perancangan khusus kerana universiti ingin melihat sejauh manakah pemikiran-pemikiran baharu dari golongan para pensyarah dan pentadbir muda ini dapat diketengahkan.

IMG 0112g

Dalam temubual khas dengan USM, Naib Canselor memberitahu, pasukan ini dibahagikan kepada tujuh kumpulan, antaranya ialah Penyelidikan, Sumber Manusia, Kewangan, Akademik, Pertukaran Pengetahuan, Pembangunan Pelajar, dan Perubatan.

Tambahnya, para pensyarah dan pentadbir ini akan berhubung terus dengan Pejabat Naib Canselor untuk meneruskan apa yang dirancang dengan sebaiknya nanti sehingga 10 – 20 tahun akan datang.

Omar menegaskan bahawa, para pensyarah dan pentadbir perlu lebih holistik dan terus melihat kepada senario masa hadapan selain perlu diselaraskan mengikut perancangan sedia ada supaya bersama-sama dapat memacu kecemerlangan universiti.

IMG 0124

Terdahulu, dalam ucapannya, Omar mengharapkan agar kumpulan ini dapat memberikan tenaga secara sukarela dalam konteks pemikiran untuk kelestarian masa hadapan.

Peserta program, Pensyarah Perubatan dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Prof. Madya Dr. Muzaimi Mustapha menzahirkan rasa sukacitanya terhadap program berkenaan dan berharap agar perancangan yang dibuat  mampu memacu kecemerlangan dalam bidang perubatan khususnya agar setaraf dengan pusat perubatan antarabangsa yang lain.

Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar, Khairul Eruwan Abdul Halim pula melahirkan harapan agar mampu untuk meletakkan universiti sebagai pemacu dalam sistem tadbir urus sumber manusia di samping menggalas harapan USM terhadap kelestarian masa hadapan.

IMG 0127

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dr. Muhamad Jantan,  Pendaftar, Puan Siti Zubaidah A. Hamid, Pemangku Bendahari, Dr. Rohayati Mohd. Isa, ketua-ketua jabatan serta para pensyarah yang lain. - Teks:  Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1714

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024