USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MANTAN NAIB CANSELOR DIPILIH SEBAGAI PRESIDEN PERSATUAN ALUMNI USM

 DSC3381

PULAU PINANG, 14 Mac 2015 - Mantan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dipilih sebagai Presiden Persatuan Alumni USM 2015-2017 dalam mesyuarat Agung Persatuan Alumni USM (PAUSM) ke-19 hari ini.

Beliau merupakan Naib Canselor ke-5 USM dari tahun 2000 hingga 2011.

"Alumni bagi saya adalah sebahagian daripada nadi dalam sesebuah universiti kerana mereka telah mendapat pendidikan dan pengalaman terdahulu di universiti.

 DSC3394

Orang berbudi kita berbahasa, justeru itu kita akan menggerak dan mencorakkan semula alumni di universiti supaya lebih relevan pada masa akan datang," kata Dzulkifli.

Tambah Dzulkifli, alumni juga merupakan tiang seri kepada universiti, justeru kepulangan mereka semula ke kampus merupakan suatu tanggungjawab untuk berbakti selagi mampu, ujarnya kepada TVUSM.

 DSC3404

Dzulkifli menyeru para alumni supaya bersama-sama memacu kecemerlangan dan mengambil contoh Naib Canselor USM pertama, Tan Sri Datuk Profesor Hamzah Sendut yang sangat komited dalam memartabatkan nama USM pada ketika itu.

Mantan Presiden Persatuan Alumni USM 2013 – 2015 Haji Mohamed Talhah Idrus yang dipilih sebagai Naib Presiden menegaskan bahawa semangat ukhuwah dalam kalangan alumni amatlah penting.

 DSC3396

Menurut Mohamed Talhah lagi, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) adalah aktiviti tahunan PAUSM yang bukan bertujuan sekadar meraih kehadiran untuk mencukupkan korum agar Persatuan tidak dinyah daftarkan, tetapi AJK PAUSM khususnya bersungguh-sungguh mengharapkan kehadiran dan penyertaan mereka dalam memberikan sumbangan kepada persatuan dan universiti.

"Biarlah barisan ini kian berkualiti dan dedikasinya, istiqamah dan kesungguhan mereka yang diamanatkan untuk mengumpulkan lebih ramai alumni dalam satu ikatan persatuan yang perkasa.

“Saya berasa amat gembira kerana para alumni yang hadir pada hari ini, bukan hanya dari Pulau Pinang, namun ada yang datang dari jauh, antaranya Kuala Lumpur dan Kelantan." ujarnya lagi.

 DSC3419

 DSC3437

Mesyuarat Agung PAUSM dipengerusikan oleh Presiden PAUSM 2013 – 2015, Mohamed Talhah dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung ke-18 (2014) dan Laporan Aktiviti Tahunan sepanjang tahun 2014. Kemudian mesyuarat diambil alih oleh Bendahari PAUSM, Dr. Daisy Kee Mui Hung untuk pembentangan Laporan Kewangan 2014.

Beberapa cadangan dari ahli mesyuarat yang lain juga telah dicatat untuk memperkemaskan lagi perlembagaan tersebut.

Dalam ucapan penangguhannya, Dzulkifli mengingatkan tentang tugu transformasi yang dibina dan diletakkan di bulatan berhampiran Anjung Budi sejak tahun 70-an yang menggambarkan bagaimana proses ini telah lama digerakkan di USM untuk melakukan perubahan dalam masyarakat.

Mesyuarat dihadiri oleh kira-kira 100 orang ahli Persatuan Alumni USM.

Jawatankuasa Persatuan Alumni USM 2015-2017 yang dipilih ialah:

Presiden: Prof .Tan Sri Dato' Dzulkifli Abdul Razak      This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Timbalan Presiden: Hj Mohamed Talhah Idrus      This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Setiausaha: Dr. Nor Zarifah Maliki            This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Timbalan Setiausaha: Mohamad bin Abdullah          This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Bendahari: Dr. Daisy Kee Mui Hung         This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Ahli-ahli Jawatankuasa:
Dato' Sofian Ahmad               This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Zulkarnain bin Mohamad Tajul Ariffin                        This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Mohd Mukhwim bin Maghribi             This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dr. Ahmad Ezanee bin Che Mansor              This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dr. Mohd Muzammil Mohd Noor        This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

 

  • Created on .
  • Hits: 2693

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024