USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ADIK ARWAH IZZAMIR REDHA PEMERGIANNYA

 DSC3279

PULAU PINANG, 13 Mac 2015 – Adik kepada Allahyarham Muhammad Izzamir Nabihan A. Majid, Muhammad Izzaman Nabihan redha dengan pemergian abangnya yang meninggal dunia apabila bas yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Acheh.

“Saya redha dengan takdir Allah yang mengkehendakkan beliau pergi dan kita yang masih hidup ini akan meneruskan hidup,” ujar Izzaman dalam nada sebak ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangs Bayan Lepas untuk menuntut jenazah abangnya yang tiba dari Kuala Lumpur dengan penerbangan MH 1138.

Izzamir,23, anak kedua daripada lima orang adik beradik adalah pelajar tahun 3 di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal dan telah mengikuti rombongan bersama-sama 19 pelajar lain dan  6 orang kakitangan termasuk 5 orang pensyarah.

“Abang ada memaklumkan kepada keluarga tentang lawatan beliau ke Acheh bermula 8-13 Mac,” tambah Izzaman yang juga pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

 DSC3329

Sepupu Izzaman, Faizal berkata beliau sangat rapat dengan arwah dan terkejut apabila menerima berita tentang kejadian tersebut pada jam lebih kurang 11.00 malam Rabu lalu.

“Keluarga arwah dimaklumkan sendiri oleh wakil dari hospital di Acheh mengenai kemalangan yang meragut nyawa Izzamir," tambah Faizal.

Jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di kampung halaman ayah beliau di Kepala Batas Pulau Pinang selepas solat Jumaat hari ini.Teks: Nor Rafizah Md Zain dan Marziana Mohamed Alias / foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1630

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024