USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM AMBIL 3,600 PELAJAR BAHARU SEPTEMBER INI – Permohonan Masih Dibuka

banner kemasukan

Universiti Sains Malaysia (USM) menyediakan sebanyak 3,600 tempat untuk kemasukan pengajian ijazah pertama pada bulan September ini tidak termasuk 200 tempat lagi melalui pengambilan khas untuk pengajian Sains Perubatan di Kampus KLE India, Seni Bina dan beberapa pengajian lain.

Mereka yang berkelayakkan dipelawa memohon mengikuti satu daripada lebih 70 program pengajian yang ditawarkan oleh USM di kampus Induk Pulau Pinang, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal dan Kampus Kesihatan Kelantan. Antaranya termasuklah program pengajian Komunikasi, Seni Muzik, Seni Halus, Sastera, Sains Kemasyarakatan,  Sains Perubatan, Kejuruteraan, Perumahan Bangunan dan Perancangan, Seni Bina, Sains Kesihatan, Sains Pergigian, Sains Tulen, Sains Gunaan, Pendidikan, Teknologi Industri, Pengurusan dan Perakaunan.

Permohonan masih dibuka kepada calon-calon lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/Setaraf untuk mengikuti program pengajian Ijazah Pertama bagi ambilan September 2015 ini yang boleh dibuat secara terus melalui atas talian (online application) https://pohon.usm.my. Tarikh tutup permohonan ialah 6 April 2015.​

  • Created on .
  • Hits: 2590

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024