USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAKITANGAN USM TERHARU DIANUGERAH PINGAT JASA MALAYSIA

DSC 7355
PULAU PINANG, 4 Mac 2015 – ``Saya amat terharu dan gembira kerana pernah menyumbang keringat dan menjadi sebahagian dari mereka yang berbakti untuk membantu mempertahankan keamanan negara dari ancaman komunis.’’
 
Demikian tegas Pengawal Keselamatan di Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Malaysia (USM), S. Ramachandran ketika mengulas pengalamannya terlibat dalam operasi membanteras ancaman komunis sekitar tahun 1969 hingga 1989.
 
Beliau terdahulu pernah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berkhidmat selama tujuh tahun iaitu dari 1979 hingga 1986.
 
Ramachandran telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dalam satu majlis khas sekitar penghujung tahun 2014 atas khidmat dan keringatnya berbakti kepada tanahair ketika zaman darurat.
 
DSC 7383 
Beliau yang teruja dan gembira dengan penganugerahan itu berkata, masyarakat pada hari ini perlu menghargai keharmonian yang ada dan diharap tidak melakukan sebarang perkara yang boleh meragut keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi.
 
``Hargailah keamanan yang kita ada pada hari ini kerana datuk nenek kita terdahulu telah bersusah-payah mempertahankan negara dari pelbagai ancaman termasuk komunis,’’ ujar beliau.
 
Katanya, walaupun pada masa beliau terlibat ancaman semakin berkurangan, namun atas dasar kecintaan kepada negara, beliau tekad untuk turut serta membantu menentang ancaman yang masih wujud pada ketika itu.
 
DSC 7380 
Dalam pada itu, PJM hanya dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang telah berkhidmat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan keatas atau telah betugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan dimana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM).

PJM juga dianugerahkan kepada anggota tentera atau bekas anggota tentera yang telah berkhidmat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan keatas atau telah betugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan dimana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Jan 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Teks: Marziana Mohamed Alias
  • Created on .
  • Hits: 1958

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024