USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

IPT DIGESA TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN PEKERJAAN

IMG 0033gh

PULAU PINANG, 3 Mac 2015 – Institut Pengajian Tinggi (IPT) digesa untuk meningkatkan kesedaran dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan kerana institusi tersebut bakal melahirkan ramai tenaga kerja pada masa hadapan.

Demikian ujar Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi yang mewakili Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia ketika merasmikan Kempen Keselamatan (Safety & Security) dan Kesihatan Pekerjaan (KKKP) 2015 di Universiti Sains Malaysia (USM) semalam.

IMG 0051

IMG 0095

“Kini, banyak IPT yang telah menawarkan pelbagai program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat ijazah tinggi dan ini adalah sesuatu yang positif dan perlu diteruskan,” tambah Mohd Anuar.

“Pada peringkat JKKP, kami telah membangunkan Projek Occupational Safety and Health Master Plan 2010-2015 (OSH-MP) untuk meningkatkan pengetahuan, tahap kesedaran dan komitmen bagi mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan, kematian dan penyakit di tempat kerja.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato’ Dr Muhamad Jantan KKKP ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 21 Mac 2015 dengan penganjuran pelbagai aktiviti seperti peraduan melukis poster untuk pelajar sekolah, pertandingan kawad basah pili bomba untuk agensi kerajaan dan swasta serta pertandingan pentomen.

IMG 0119

“Penganjuran KKKP ini diharap dapat memupuk dan menanam kesedaran terhadap kepentingan amalan-amalan kerja yang selamat dan sihat, memberikan kefahaman dan meningkatkan kualiti kerja,” tambah Muhamad yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman.     

KKKP pada kali ini bertemakan “21 Years of OSH in Malaysia : Issues and Challenges” iaitu sempena selepas 21 tahun penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994 dan seminar pertama telah diadakan pada Januari 2003.

IMG 0145

IMG 0151

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Bomba Negeri Pulau Pinang, Azmi Tamat dan Pengerusi KKKP USM 2015, Profesor Datuk Dr Omar Shawkataly. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1634

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024