USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KPTN 2015 CAPAI SASARAN

IMG 1217

BERTAM PULAU PINANG, 2 Mac 2015 – Karnival Pendidikan Tinggi Negara ‘Jom Masuk IPT’ Zon 2 Pulau Pinang atau KPTN 2015 mencapai sasaran seramai 50,000 orang pengunjung selama dua hari penganjuran dari 28 Feb dan 1 Mac yang lalu di Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Kepala Batas.

IMG 1226

IMG 1249

KPTN 2015 menyediakan platform kepada semua Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) untuk mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baru yang akan ditawarkan bagi Sidang Akademik 2015/2016.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman, KPTN adalah karnival yang memberikan peluang berinteraksi dan dapatkan maklumat mengenai pengajian tinggi samada di peringkat diploma dan juga ijazah.

IMG 1397

IMG 1319

IMG 1259

“Ini adalah peluang terbaik kepada ibubapa dan bakal pelajar yang akan mula menerima keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2 Mac dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 3 Mac ini untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai bidang-bidang pengajian tinggi,” tambah Omar ketika sidang media Majlis Perasmian  KPTN 2015 Zon 2.

“USM telah membuka permohonan dalam talian (online application) mulai 23 Januari lalu sehingga 6 April 2015 melalui url https://pohon.usm.my kepada semua calon lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf,” tambah Omar.   

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kerana memilih USM untuk menjadi tuan rumah bagi Zon 2 serta menganjurkan KPTN ini buat kali ke-11 untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat secara ‘one stop center’,” ujar Naib Canselor.

IMG 1257

IMG 1279

IMG 1302

Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Profesor Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Dato’ Dr Mohd Noh Dalimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr Ahmad Shukri Mustapa Kamal serta Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar mewakili KPM Mazula Sabudin.

IMG 1458

IMG 1421

Pengerusi Amanah Raya Berhad, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican juga hadir bagi menyambut konvoi jelajah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 yang melibatkan lebih 30 buah motorsikal berkuasa tinggi serta melawat teknologi dan peralatan terkini di IPPT USM.    Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1665

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024